Friday, December 23, 2011

Sudah Tersepit Baru Nak Terjerit

sudah tersepit baru nak terjerit


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Begitulah manusia bukan?
Sudah terhantuk baru nak terngadah
Saya juga tidak lari dari sifat itu



Sudah hilang baru tercari cari


Sudah jatuh baru nak buka mata


Sudah tersepit baru nak terjerit

Sudah tak ada depan mata baru nak rindu-rinduan.eh.(ni kes lain,tak masuk topik ok)



Sebenarnya manusia ini tidak pernah dapat lari dari musibah.Sama ada musibah dari segi harta,nyawa,pangkat mahupun apa jua kesedihan dan ujian yang datang melanda.Sedangkan Nabi-nabi terdahulu juga tidak dapat lari daripada mendapat musibah inikan pula kita yang marhaen lagi banyak buat dosa ini.


Sebenarnya saya nak highlightkan tentang apa ya?


Susah untuk diberitahu kondisi apakah perasaan saya semasa saya menulis entry ini.Segalanya bercampr baur.Sedih,gembira,geram,marah dan sebagainya.Walaupun kejadian tersebut sudah agak lama berlalu,tapi saya masih tidak dapat memadamkannya dari otak pemikiran saya.Saya yakin,ia takkan berhenti hinggalah saya sendiri berjumpa dan berhadapan dengan hamba Allah tersebut.Saya sangat-sangat berharap agar saya diberikan kekuatan dan hikmah dari Allah untuk berkata-kata agar kata-kata saya nanti tidak melukakan hatinya.Jika dia ingin pergi juga,maka saya dengan penuh perasaan redha akan melepaskannya dengan aman.


Anda tidak faham bukan dengan entry saya kali ini?
Jika anda pernah membaca entry sebelum2 ini,pasti anda akan faham.


Saya sebenarnya marah dan malu dengan diri saya sendiri.


Saya malu pada Allah dan malu pada taklifan yang telah Dia berikan untuk memegang tugas khalifah dan abid di muka bumi ini.Apalagi tersangatlah malu untuk menggelarkan diri saya seorang pendakwah mahupun murabbi.
ouh.. saya tidak pernah merasakan malu yang sebegini..


Sudah terlalu banyak kesilapan-kesilapan yang sering kita lakukan.
Sudah terlalu banyak janji-janji yang sering kita taburkan.
Sejak mula kita menjejakkan kaki dalam sekolah tarbiyah ini hinggalah kini,


Adakalanya kita diuji dengan pelbagai ujian
Hingga membuatkan kita tidak lena tidur malam memikirkannya
Hingga membuatkan kita menangis tersedu-sedu kerananya
Hingga membuatkan kita terduduk tidak berdaya

Ujian apakah ini Rabbi..


Di saat itu kita mula menuding jari
Menyalahkan orang2 lain atas apa yang menimpa kita
Menyalahkan mereka tanpa kita melihat diri kita terlebih dahulu
Tidak pernah melihat bahawa ujian itu adalah dari Dia
Tanpa sedar kita sebenarnya menyalahkan takdir yang datang



Bila kita lihat kembali apa yang berlaku
Kita mula mencari di mana silapnya langkah kita
Mula meneliti di mana salahnya bahasa kita
Hingga membuatkan keadaan menjadi seperti itu
Kita sebenarnya menyalahkan diri sendiri
Sekali lagi kita tidak lansung meneliti hikmah di sebalik musibah yang melanda



Dalam tarbiyah juga ada musibah
Tak selamanya kita gembira
Tak selamanya kita mampu bersama
Ada yang tercicir,maka itu urusanNya
Apa yang tinggal,usahakan sebaiknya
Moga tidak ada yang tercicir lagi



Benarlah musibah ini bnyak mengajar diri
Agar jangan sampai terjatuh baru nak buka mata
Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah
Jangan sampai tersepit baru nak terjerit




^^maka inilah saya yang hina
ampunkan diri yang banyak dosa
moga hamba belajar darinya
buat yang terbaik untuk Allah dan Rasulnya
maka saya akan terima setiap ketentuannya
Kerana semuanya dari Dia~



entry saya agak pendek kali ini.sekadar perkongsian tentang cerita saya.cerita kita semua heyy!

salam selamat malam^^

~aman~





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...