Thursday, May 20, 2010

Sehebat Mana Cintamu Wahai Pemuda


Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.

Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah.

Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.

Firman Allah kepada Nabi Daud;
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim)

Tersebut dalam Kitab Zabur:
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?"

Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya."

Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."

Kata Junaid;
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.

Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq:

1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10.Takut - iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.

lagi 2 minggu....xsabar rasenye nk balik rumah..nk tengok mak,abah,adik2 kat depan mate...mak,abah,rindunye...rase nk peluk erat2 ble dah kat depan mate nnt..aduhai rindunya pada 2 permata anugerah Illahi..mak dan abah,tggu kepulangan ida yea!!


'assalamualaikum,anak mak mcm mane arini??dah sihat skit??'ibu itu brtanye penuh kebimbangan.

'waalaikummussalam..ana dah makin sihat sikit..dah boleh jalan dah..mak sihat??'anak itu brtanya ceria.

'alhamdulillah,mak sihat,,adik2 semua sihat..exam hri 2 cmane??bleh jawab tak??'

'erm ana dah cube sedaya y mampu mak..ana usaha setakat yang mampu dan ana dah jawab sedaya y ana mampu..ana hanya mmpu doa je pada Allah..krna ini ujian dariNya..tawakkal jela..'
itu jawapan y keluar dri mlut anak itu..dia bnar2 redha dengan ketetapan Illahi.Dia tahu Allah itu Maha Adil..

'bguslah nak..mak siang malam doakan kesihatan anak mak..dahlah jauh dengan mak..hanya doa y boleh mak kirimkan..anggaplah ini stu ujian dri Allah..Allah nak mentarbiah kita dengan menguji nikmat sihat itu..moga kita lebih pandai brsyukur dengan nikmat2 y Dia dah beri'ujar ibu itu syahdu.kata-katanya penuh nasihat dan hikmah y kadang2 mmbuatkan si anak y lemah jdi brsemangat untuk terus melangkah..

ada sendu di balik prbualan dua beranak itu.Si ibu masih mampu menahan air mata pilu mengenangkan nasib anaknya y diuji mski masih dalam usia muda.Trdengar tangis si anak..antara sakit,rindu dan syahdu..semuanya bercampur sekali.Dia rindu pada ibunya y begitu tabah dalam ujian Tuhan.Dia ingin jadi seperti ibunya..

'Mak,ana brtuah dikurnai ibu seperti mak.ana syang mak!!'ucap anak itu sungguh2 brsama deraian air mata..

'Hai,sayang mak je ke??abah??'ada suara garau yang mengganggu bual mereka.tiba2 ayahnya mencelah.

'eh,abah ye..hi3 yela..ana sayang abah jgak..isy abah nh..buat malu je..ana bru nk manja2 ngan mak..'mesra dua beranak itu berbual.hingga sakit y dirasa kian jauh..pergi meninggalkan diri..

'anak abah dh makan ubat belom ni??'tanya ayah itu dalam senda tawa y masih bersisa.

'dah,bah..tapi macam xde kesan pon bah..ana rasa baik xpayah makn ubat..dahla ubat mahal'ujar anak itu.

'esy,mana bleh mcm 2..doktor kan dah pesan..hm..Allah suruh kita usaha kan.bukan hanya pasrah dengan setiap y brlaku..sebagai hambanya,kita jgn brputus asa.sifat tu dimurkai Allah.'pesan ayah itu lembut sekali..

'nak,ingat tak pesan abah selalu??bila kita sakit,akan keluar dosa2 kita melalui celah2 roma kita.tapi ingat,kita kena redha dengan skit y Dia dah bagi 2.brsbarlah sikit,,insya Allah,,ada hikmahnya tu..'ayah itu memg tidak pernah jemu mmbri ingatan dan semangat buat diri.Adakalanya,anak itu malu sendiri dan mula sedar dengan silapnya.

'alhamdulillah,abah,,ana sangat brsyukur dikurniakan mak dan abah seperti anda..ana sdah mmpu trsenyum kembali'ucap anak itu lirih.

'alhamdulillah,abah juga brsyukur dkurniakan anak sebaik kamu.smoga kamu dapt jdi anak y solehah dan bakal isteri y solehah sprti mak kamu nnti'akhiri abah dengan tawanya..sempat lagi dia mengusik anak gadisnya itu.

sebelum prbualan berakhir,ibunya msih sempat brpesan..'nak,jaga diri ye.doa mak dan abah xkan putus smpai mak dan abah dah tiada nnti.Kami slalu doakan kejayaan kamu.xsbar mnntikan kepulangan kamu.assalamualaikum'akhiri ibu itu sepi.

anak itu menutup talian tanpa sedar ada butir jernih mengalir di pipinya..~Thank You Allah 4 da vry precious gift~



Tuesday, May 18, 2010

video

mujahidah itu lemah dengan ujianNya,,sehingga trkadang timbul putus asa..ampunkan dia Tuhan krna dia juga insan biasa,,xbisa lari dri mlkukan khilaf..


mujahidah itu sering terleka dengan nikmat dunia,,namun Dia Maha Penyayang,,sntiasa disisi di saat diri mula jatuh,hilang pengharapan..


kuatkan mujahidah itu Rabbi,,krana dia bunga islam y sedang mekar daam perjuangan..dia sedang berjuang dengan nafsu sendiri,,sedang berperang dengan nikmat dunia y sementara..andai ujian itu trlalu payah,jangan Kau tinggalkan dia tpi bimbinglah dia menghadapinya..hnya dengan hadirMu dia mmpu..


Wahai pemilik nyawaku,biar ujian ini jadi penebus dosa2ku..biar sakit ini mematangkan aku,pendekat hubungan ak denganMu..kuatkan aku Rabbi..sesungguhnya aku lemah tanpaMu..

Sunday, May 16, 2010


Selamat Hari Guru kpd semua guru2,ckgu2,ustaz2 n ustazah2,srta teacher2 n sir2,,
Tanggal 16Mei mrupakan tanggal paling indah buat semua guru2..pada hri ini,mereka diraikan dan pada hari ini, guru2 semua mengukir senyuman,, trharu mlihat sambutan y diraikan khas untuk mereka,,mereka guru,mereka inspirasi,mereka idola,,

trkenang memori silam,,

"Aina,knape awak xhantar buku?"xsiap lagi ke homework saye bg 2?tanya Puan Fatimah garang.
'er..er,.sy trtinggal buku cikgu..'jwab Aina takut2.
'Macammane boleh trtinggal ni?awak tak tengok jadual ke?saya da penatla dgan awak ni..kalau saya sruh hntar kerja rumah je,banyak alsan awak,,trtinggal la..mcm2'..ape nk jdi ngan awak ni Aina??
Aina hanya mmpu tunduk menekur lantai..'adus,,malunye aku'getusnya dalam hati..semua mata trtumpu padanya saat itu.


'ok,murid2 semue,,paham tak ape ckgu ajar ni??'tanya Sir Fahmi kpd pelajar2 kelas 6Bestari.
'P.A.H.A.M cikgu!!'jwab murid2 serentak..'ok bagus!!'cikgu harap kamu semua dapat jawab homework2 y cikgu bagi tadi ye.'kalau tak paham,datang tanye ye.."
dalam ramai2 2 adela sorang budak nh..duk tergaru2 kpale xreti nk buat homework..puas die duk jeling kwan2 die,,sume buat dono je..'adoih,cmane nh,nk tanye sir malu la plak..mcm ak sorg je y xbleh jwab nh..hm....tpi klo xtnye alamtnye xsiap la omwek ak nh..'getusnya sendiri..die pon mmberanikan dri menebalkan mke brtanye kat sir die y memg trkenal dengan kegarangannya itu..'er..er sir..mintak maaf kacau sir..saye xbrape phamla soalan ni..bleh tak sir tlong tnjukkan??'tanya murid trsebut penuh debaran..'xpaham??tadi sy tanye sume ckap paham.alih2 tetibe awk sorg ckp xpaham nh,ape msalahnye??'trsentak murid trsebut ble dgr suare ckgunye y dah mcm kilat menyambar 2.'mane y xpaham?'trketar2 tgan si murid menunjukkan soalan.hampir shj die mgalirkan air mata tp dek krana malu dengan kwn2 dan sir tu,die tahan..tahan kuat2..


brdasrkan due crite td,mgkin kwn2 trtanye ape motif sy bg post2 cmnh??haih,nk burkkan cikgu hape..

berkat herdikan seorang guru,,Aina kini brgelar pelajar contoh di sebuah sekolah berasrama penuh.Dia sedar hrdikan guru tidak bererti benci tapi hrdikan guru mmbawa satu smgat bru dalam diri untuk berubah dan mmbuat satu transformasi dalam diri mnjadi seorang insan y lebih bererti buat diri,keluarga,masyarakat dan nagara.

Kisah anak murid sir 2 plak juga brakhir dengan bahagia.Dia kini brgelar seorang pakar dalam bidang Matematik dan telah beberapa kali merangkul anugerah Dekan di sebuah universiti tempatan.Berkat tunjuk ajar dan garangnya guru,dia kini berjya.brjaya mmbawa satu perubahan untuk diri,keluarga dan negara.


Hebat bukan penangan seorang guru?he3 tpi jgnlah trlalu garang dan lokek dalam menyampaikan ilmu.Itu juga bukan contoh sikap2 guru y baik..cerita di atas adalah rekaan smate2.tiade kene mengena same ade y hidup atupun y telah meninggal dunia.sekadar mengambil ibrah untuk kita semua..bakal2 guru sekalian,,anda pencorak generasi hadapan,,coraklah sebaiknya mengikut syariat islam y ditetapkan~



Wednesday, May 12, 2010

Bila Al Quran diambil tyme trdesak

salam..ana bru je blik dri mengusya mjlis manifesto untuk pilihanraya kat balsis tdi..
nek pening kpale ana pas blik dri mjlis 2..dsebabkan suasana y sangat senyap dan menenangkan jiwa..huuuuu...suare org brsorak mengalahkan hwn2 di zoo..ana pon xpaham..ptotnye dgr isi pidato,,ini brsorak xtentu pasal..haih,,nh ke bakal guru??ana dan akhawat2 menemani salah seorg sahabiah kmi y trut brtanding dlm pilihanraya Jumaat nnti..

kalu ikutkan hti,,nk blik je,tpi ana dan bebrape akhawat lain kesiankan sahabiah kami y brtanding..xpela..kmi cube brtahan..

ble ana dgr isi pidato styp calon y brtanding,mcm2 rase dlam pkiran ana waktu 2..ade y bgus,cool je tp brsemangat..nmpak cri2 kepimpinan seorang pemimpin..(kalo y ok 2 okla)..

tapi ana ckup trsentak jgak ble ade y menggunakan ayat2 Quran dalam isi pidato nmun empunya dri nmpak kat masjid pon xpenah..hadoi,,,2 ape kes plak 2..

2la zaman skang..org cbe memncing undi dgan ayat2 Quran..xtaula dy paham ke x tanggungjawab ble dah sbut ayat Quran 2..ana bkan nk memburukkan mane2 phak tpi ana kesal dengan sikap orang skarg y hanya merujuk kpd Al Quran dan sunnah ble diri dah trdesak..isy2 ape nk jdi..cmane nk dpat keyakinan org kalo cm2..

jadi kepada semua warga IPTHO y bakal mngundi pada hri Jumaat ni,buatlah pilihan sebaiknya..(eceh,mcm ana plak y brtanding)..plihlah pemimpin y dapat membawa bi'ah islamiyah kat istitut nh..insya Allah..sme2 kt buat pilihan dengan bijak..salam satu akidah!(bukan satu iptho ye)..



usrah??ape mende 2??


Usrah.. Satu perkataan yang tidak lagi ganjil di kalangan orang yang sudah terlibat dengan apa-apa persatuan atau gerakan Islam. Pernah suatu ketika dahulu ia merupakan satu perkataan yang menimbulkan bermacam-macam persoalan dan sesiapa yang mengikutinya dianggap sebagai orang-orang yang merancang kejahatan (baca: aktiviti underground). Mungkin juga sekarang, ada sesetengah tempat yang masih lagi mempunyai inersia yang sedemikian tetapi di kebanyakan tempat ia sudah menjadi satu perkataan yang lazim dan begitu sinonim dengan badan-badan Islamik.

Persoalannya, ada apa dengan usrah?

Buat mereka yang ada latar belakang Islamik, yang ibu bapa mereka giat di dalam aktiviti-aktiviti Islam maka mereka mungkin sudah mengetahui apakah usrah. Tetapi buat sebahagian besar dari yang lainnya itu, di tempat-tempat mereka mengenali wadah Islamlah tempat mereka mengenali apakah itu usrah. Itupun bernasib baik jika dipanggil sebagai usrah, adakalanya sesetengah tempat menggunakan nama-nama lain seperti Halaqah al-Qur'an (HAQ), Majlis Diskusi Pelajar (MDP) dan lain-lain lagi.

Bagi ramai, mereka memahami bahawa usrah itu adalah
perjumpaan mingguan yang bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan iman di masa-masa yang lapang. Andaikata masa tersebut lapang, maka insya Allah dia akan menyertai. Tetapi jika ada hal lain, haa... "Saya fikir-fikir dulu ye bang?" biasa lah tu.

Tetapi...

Sebelum masuk kepada "ada apa dengan usrah?" saya suka ingin membawa anda kepada melihat sirah usrah itu sendiri.

Pada peringkat awal permulaan da'wah Islamiyah,
RasuluLlah SAW yang telah bermula dengan seorang diri. Lalu ia dikongsikan dan disebarkan kepada keluarganya terapat, di dalamnya termasuk Khadijah, zaujah baginda dan Ali, anak saudaranya. Selain dari itu, beberapa sahabat RasuluLlah yang terapat juga telah disampaikan dengan risalah agung ini, contohnya Abu Bakar as-Siddiq dan datang daripadanya pula Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.

Zaman awal tersebut merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah; penjernihan aqidah Islam kepada yang tulen. RasuluLlah SAW pada ketika itu banyak berjumpa dan mengajar sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya penuh dengan kerahsiaan. Sebabnya mudah;
kaedah da'wah yang dilakukan adalah da'wah fardiyah dan setiap orang ingin menjaga keselamatan masing-masing.

Ayat-ayat yang paling awal diturunkan pula pendek-pendek. Mesejnya jelas. Setiap hentian membawa seseorang kepada memikirkan keindahan ayat-ayat tersebut. Rentaknya pula sangat kena dengan hati yang berkarat, yang dipenuhi dengan anasir jahiliyah. Apa yang kita dapat perhatikan ialah kebanyakan ayat tersebut berada di dalam bahagian Mufassal al-Qur'an (dari Qaf, 50 hingga an-Nas, 114). Isinya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan pemikiran manusia dari cengkaman keindahan hidup yang merosakkan, agar mereka mengetahui tujuan hidup mereka, ke mana mereka akan dikembalikan, siapakah tuhan mereka dan persoalan-persoalan asasi yang perlu diketahui oleh makhluk yang bernama manusia (juga jinn).

Dalam konteks tersebut, RasuluLlah telah membuat
pertemuan-pertemuan di rumah beberapa sahabat. Antara yang paling masyhur sekali kisahnya ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Satu majlis yang kecil yang terdiri daripada beberapa orang sahabat tertentu dibuat untuk membentuk nilai-nilai Islamik ahlinya. Tetapi, pada ketika itu ia tidak disebut sebagai usrah.

Selepas berlalunya zaman tersebut,
Islam kembali menjadi asing. Suatu janji yang disebutkan sendiri oleh RasuluLlah SAW: "Islam datang dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali menjadi gharib (asing)..." (Muslim). Dan kita melihat jahiliyyah kembali berleluasa, lagi-lagi ia berlaku dengan lebih rancak lagi setelah kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir pada tahun 1924M.

Hassan al-Banna (1906-1949) yang menyedari hakikat ini telah memulakan usaha-usaha untuk mengembalikan sistem Khilafah tersebut. Antara perkara yang diperhatikan ialah bagaimana institusi keluarga itu telah gagal di dalam membentuk peribadi muslim yang tulen. Ibu bapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah Islamiyah yang betul. Maka dari situ, lahirlah satu sistem yang mengumpulkan orang-orang yang ingin berubah dan mengubah di dalam satu kumpulan khusus bernama usrah.

Usrah (baca: keluarga). Kenapa? Kerana ia bertujuan membawa fungsi
membentuk individu muslim dengan tarbiyah Islamiyah yang tulen kepada ahlinya sementara institusi keluarga (baca: usrah) yang sebenar belum dapat menjalankan fungsi tersebut dengan baik. Ketuanya (baca: naqib) umpama seorang bapa. Ahlinya yang lain umpama anak-anak. Seorang naqib memainkan peranan yang sangat penting sebagai bapa untuk menjaga kebajikan ahlinya, seorang syeikh dalam memberi pengisian ruhiyah, seorang ustaz di dalam mendidik dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, dan seorang qiyadah di dalam memberi arahan yang perlu dilaksanakan.

Hasilnya ialah, sistem usrah itu bertujuan menjadi salah satu daripada
wasilah tarbiyah untuk memndidik dan membina individu-individu muslim yang tulen lagi "tegar". Dan perkara ini hanya akan terhasil setelah menepati rukun-rukun usrah yang ada: (1) Ta'aruf, iaitu saling berkenalan sesama ikhwah hingga sampai tahap mengenali potensi dan kelemahan setiap individu di dalam kumpulan tersebut, (2) tafahhum, saling memahami hingga seorang akh itu dapat menegur dan ditegur oleh akh yang lainnya, dan (3) takaful, lalu memenuhi seruan Rasul; "Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan".

Akhirnya, usrah yang berkesan itu adalah usrah yang mendapat partisipasi dari hebat dari ahlinya di samping bimbingan dan panduan yang mantap dari naqibnya. Tanpa kedua-dua ini, tidak mungkin wujud usrah yang muntijah.

Fikir-fikirkanlah apa yang patut dibuat...


petikan drpd:http://ruffoundation.blogspot.com

Tuesday, May 11, 2010


Alhamdulillah,msih dberi ksempatan mencoret rasa kat blog nh..dah 3 hri brturut xde kuliah..he5 sronok sbnanye..blik bilik je trus bkak laptop.......on9........

n rase cm nk tulis something,,herm,,
kisah seorang sahabat, lucu orgnya,memg kalo duk ngan die xsah la kalo xgelak..
die seorang y hepi go lucky,,,sgt suke brceloteh n org bley ckap die nh mke xde masalah sbbkan die ni da mcm raja lawak la plak..kdg2 xlarat nk mlayan lawak jnakanya itu..ups!!he3

die,,korang xkenal pon,,kwan baik ana,,baik sgt,,sgt2 baik.......
ana tidak ingin mmbuke kisahnya di sini,,hnya sbagai peransang baginya,,kalau die trbace blog ana nh,, untuk die lebih brsemangat mneruskan hri2 depan,,,

khas buat dirinya:

Ya Allah
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau
jdikan bgiku seorang teman.Sedangkan ia
adalah di luar jangkaan dan sangkaan hambaMu
ini.Aku tetapkan bginya satu peraturan yang
hanya Allah yang akan menentukan sgalanya.


Ya Allah
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah
kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah
Tuhan Yang Maha Penyayang


Ya Allah
jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa
melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada
suatu aibnya,melainkan telah Engkau tutupinya.
Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau
hilangkan dripadanya.Tiada suatu hutangnya
melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada
suatu kesakitan melainkan telah Engkau
sembuhkannya.Tiada suatu hajatnya dari
keperluan dunia dan
akhiratnya yang telah
Engkau redhai dan tepat
untuknya melainkan
telah Engkau tunaikan
seglana baginya wahai
Tuhan yang MahaPenyayang..



kuatkan dirinya untuk terus berada di jalan dakwah ini bersama2 denganku Ya Robb,,
moga dia tabah dengan setiap ujian y Engkau berikan,,,ana uhibbukum fillah~

Ayat Ayat Cinta

Ayat2 cintaNya sangat indah,,seperit manapun mehnah yang datang,Dia sntiasa ada brsama ayat-ayatNya y sentiasa memujuk hati hambaNya,, lembut brhkmah~

Ble dah x kuat sgt 2,kekadang ade trlintas

Kenapa aku diuji??

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 y sblum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 y benar dan sesunguhnya Dia mengetahui org2y dusta."

Surah Al-Ankabut ayat2-3


Kenape aku xdapat ape y aku idamkan??

"Boleh jadi kamu membeci seseuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat 216


Knape susah sgt ujian nh??

"Allah tdak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286


Rasa frust?tension?lemah semangat?

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yang pling tinggi drjatnya jika kamu org2 y beriman."

Surah Al-Imran ayat 139


Bagaimana hrus aku menghadapinya??

"Wahai og2 yang beriman!Bersabarlah kamu mghdpi sgla kesukaran dalam mngerjakan perkara perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,di medan perjuangan),dan bersedialh dgn kekuatan pertahanan di daerah2 sempadan, serta bertqwalh kamu kpd Allah supaya kamu mencpai kemenangan"

Surah Al Imran ayat 200


Apa y aku dapat dri semua ni??

"Sesungguhnya Aah telah membeli dri org2 mukmin diri,harta mereka dgan mmberikan syurga untuk mereka......

Surah At-Taubah ayat 111


Styp ujian y datang pasti terselit hikmah.peringatan buat diri lemah.yakinlah dengan ketetapanNya..selami qada' dan qadarNya..bukan sia-sia tpi sbagai peningkat iman,pematang fikiran,pendekat hubungan kita dan Tuhan~

Monday, May 10, 2010

..::aku temu kekuatan::..

lama sdah ana xmengupdate blog nh..kalo ikutkan hti,rse nk stop smpai sni je..bkan pe,sbb first time buat blog,banyak mende xtau n kengkadang 2 rase tension..snanag btol give up..smpyla ade bbrape akhawat ana brtanye,ape cer blog enti..he5 malunye tyme 2..2 yang try bkak blik n ana cri kekuatan tuk blajar n alhamdulillah arini ana dapat post mende bru kat blog nh..(ehehe)..

dri akahawat2 ana blajar erti kesabaran
blajar erti sebuah perjuangan
blajar erti mengenal Tuhan,,

ingin brkongsi kisah ana bru2 ini

menghadirkan diri di sebuah konsert(ape nh ustazah pg konsert???)
jgn slah fham..ana pg konsert palestin kat stadium Malawati Shah Alam..huu first tyme pg konsert,,agak teruja disitu..
smapai je kat stadium 2,ana btul2 teruja tgok rmay sgt org n kank2 comei y pakai mafla palestin 2..xdpt gmbrkan prasaan waktu 2..sgt2 hepi..(semangat kepalestinan)

trun je dri kete,ana n bbrape org akhawat memulekan langkah kmi msuk ke stadium 2..memg sgt rmy org kat sne..tp ana terfkir sjenak..erm y pegi majority sume brtudung labuh,,rse sronok tgok saudare2 seislam y bgitu msih ramai kat Malaysia nh,,tpi bgi yang llki,ana tgok tidak menggambarkn ikhwah dgan penampilan y ala ala mat rempit n agak memualkan di situ..(haih ape nk jdi)..

dtik pling manis ana rsakan ble ana ditemukan dgan seorang ukhti y mnjadi idola ana..ana bce buku2 y die hsilkan n ana ckup kgum dgannya..ana bce kisah cinta dia n zaujnya..ckup untuk ana katekan mreka psangan y brcinte slpas kwen..(sweeeet sgt)
baitul muslim~ukhti Fatimah Syarha Mohd Noordin brsmame zaujnya seorang doc y sdang mendukung chaya mata prtama mreka(bby girl)..ana hnya smpat brslaman dengannya dan dia brtanyakan kmi y dtang dri mane..(xdpt sembg bnyak,y 2 pon jdila...he5)
ana ckup truja hingga kini msih trbyangkan knangan 2..(so sweet Ya Rabb)Alahamdulillah..dri situ ana jumpe stu kekuatan bru untuk dri ana~

brcrite psal konsert,memg sgat bez!!walopun ana xtrut serta kat bwah ble artist wat show,tp ana dpt rse stu smangat..dpt tgok kmpulan shoutul harokah perform memg meremg blu roma..semanagat hbes..syang tyme 2 nset ana da xde bteri..ahli2 kump nh dri cra prckapan mrka ana tgok mreka dri gol yang ditarbiyah..bkan clang2 orang depe nh..
sempat jgak menebalkan mke suh ahli kumpulan Raihan tande tangan kat mafla ana n shabiah..he3..(bkan snang nk jmpe)

ana panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi krn mmbri peluang kpd ana hdir ke konsert trsbut..So sweeet Ya Rabb..Thank You Allah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...