Bismillah
Alhamdulillah,wah bulan nh saya banyak kali juga diberi peluang memenuhkan blog saya nh dngan entry2 saya yang kurang bijak ini.eh.
Maka kesyukuran ini saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya jugalah saya dapat menghasilkan entry2 baru di dalam blog yang tidak kurang chantek ini.eh.
Baru baru ini saya diserang dengan pelbagai penyakit yang bertimpa-timpa.Memang sangat baguslah sakit itu untuk orang yang banyak dosa seperti saya.Alhamdulillah setelah menjalani rawatan di klinik dan rawatan2 alternatif lain,saya sudah beransur sembuh.Maka cuti saya yang sebulan lamanya kali ini banyak saya habeskan dengan menguruskan kesihatan saya.Pergi berubat di sana sini dan Alhamdulillah sekali lagi, Allah jugalah yang menyembuhkannya.Maka wajiblah saya untuk sujud syukur kerana ini.
Baru-baru ini juga saya mendapat berita daripada salah seorang teman rapat saya.
Sahabat yang doludolu selalu sama2 dengan saya.semenjak kami di tingkatan empat.sekolah yang sama.dan kini kami dengan haluan kami masing2.saya di batu pahat dan dia kini dia di Penang.
Tapi alhamdulillah,hubungan kami tidak terhenti setakat itu sahaja.Kami saling berhubung melalui telefon dan sms,berblas chat di ym dan fb.dan kami malah semakin rapat kini.kerana dia juga seperti saya.alhamdulillah kami di track yang sama.matlamat kami sama dan alhamdulillah fikrah kami juga sama.Nmpaknya Allah sangat menginginkan kami untuk lebih berukhuwwah lagi kerana Dia.Terima kasih ya Allah.
Kesyukuran saya ini bertmbah tambah lagi apabila baru-baru ini dia bertanyakan pendapat saya untuk dia memakai niqab.
Saya super duper terharu apabila dia menyatakan hasratnya itu.dan saya ofkos sangat memberikan sokongan yang padu dan jitu untuk dia meneruskan hasratnya itu.
Menurutnya,dia ingin berniqab kerana ingin menjaga ikhtilat dan dia mahu lelaki lebih menghormatinya dan tidak sukasuki menegurnya.kononramahmesralakan.
Saya setuju dengannya.Begitu sekali mujahadahnya.saya kagum.padahal dia masih dikira baru lagi dalam tarbiyah,tetapi tarbiyah cukup meresap dalam dirinya.
Benarlah,kefahaman sseorang dalam tarbiyah bukan dinilai pada selama mana dia berada dalam tarbiyah atau level berapakah dia tetapi sejauh mana tarbiyah mampu membentuk dia menjadi seorang individu muslim yang benar2 bermujahadah dan berusaha untuk memahami jalan ini.
Lalu, saya memberikan pendapat saya yang marhaen dan hina ini.pendapat yang tidak seberapa.saya menyokongnya dan mengingatkan dia tentang cabaran2 yang bakal dia hadapi nanti bila sudah berniqab.
Benar,berniqab bukan mudah.
tidak semudah makan kacang pis atau kcg kuda.
tidak semudah memasak maggi juga.
Saya juga pernah dicadangkan oleh beberapa sahabiah saya untuk berniqab.tapi saya fikir,belum masanya lagi mungkin.saya belum mampu lagi.saya bukan mahu beralasan tapi saya bukan jenis suka pakai on off.klau boleh nak benda tu istiqamah,tapi bukan mudah kan.memandangkan ia sunnah,maka saya merasakan mungkin belum masanya untuk saya berniqab.mungkin suatu hari nanti.doakan.
Sebenarya,apa tujuan kita berniqab?
1. berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.
2. berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.
3. berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.
4. berniqab kerana ingin berfesyen.
5. berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas-batas seorang wanita, cth : berbual semene dengan lelaki, melompat kesana kemari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.
6. berniqab tapi pakaian menjolok mata
No No No
Saya harap anda berniqab bukan dengan sebab2 di atas.
Beniqablah kerana ingin mencari redha Allah
Berniqablah kerana ingin menjaga maruah dan kehormatan diri.
Berniqablah kerana ingin mengelakkan fitnah pada diri dan agama.
Bila anda mengambil keputusan untuk berniqab,maka lebih awasilah setiap perilaku anda.
Bukan bermakna kita harus menjaga perilaku bila berniqab.Jika tidak berniqab juga harus menjaga perilaku bukan?
Maka bila sudah berniqab,maka lebih lagi menjaga perilaku anda.kerana manusia lebih suka melihat kita.kita yang berniqab.kita yang bertudung labuh,berbaju labuh.kalau boleh,setiap perilaku kita mereka nak tengok.kerana fitrah manusia nampak pada yang zahir,maka kita kenalah menjaganya lebih lagi.untuk agama kita dan diri kita daripada fitnah2 dunia.
Orang pakai niqab ni mesti semua baik2 dan solehah2 bukan?
Tidak hakikatnya.
Ramai juga saya jumpa
berniqab tetapi bercinta dengan bukan muhrim
berniqab tetapi hebat bergosip sana sini
berniqab tetapi baik sendiri2 sahaja
memangla,bukan semua manusia sempurna.ada salah silapnya.
saya juga.
tapi saya kesal dengan sikap mereka yang begitu.doakan mereka diberi hidayah untuk sedar apa sebab mereka berniqab.
bukanlah kita kata orang pakai niqab mesti baik-baik.
tapi apa salahnya usaha untuk jadi baik dan sempurna.
biar sejuk mata memandang.
biar tak ada lagi yang mengata menyalahkan mereka yang berniqab.
kerana keputusan anda untuk berniqab itu besar maknanya.
maka janganlah mensia-siakan usaha besar anda itu dengan melakukan perkara-perkara yang memalukan diri anda sendiri.
biarlah nampak terjaga di luar,terjaga juga dalamannya.
jika ibu bapa anda melarang anda berniqab?
maka hormatilah mereka.berniqab itu bukanlah kewajipan sementara menghormati ibu bapa itu satu kewajipan bukan? maka utamakanlah yang wajib itu dahulu.maka mintalah pada Allah untuk melembutkan hati pama anda itu untuk membenaran anda berniqab.insya Allah jika anda pandai melobi mereka dicampur dengan tawakkal anda yang tinggi kepada Allah,pasti akan dipermudahkan,amin.
Saya?
Saya bukan pemakai niqab.saya hanya orang biasa sahaja.maka entry saya ini sekadar pandangan saya sahaja dan wajiblah jika ada salah silapnya di mana-mana.
Entry ini juga saya tulis bagi menyatakan sokongan saya kepada sahabat saya yang terchenta itu.semoga dia diberi kekuatan untuk melaksanakannya.amin..
p/s-kepada sahabat saya itu,saya sayang anda.doakan saya pula mengikut jejak langkah anda ;)
No comments:
Post a Comment