Sunday, December 4, 2011

Buat anda

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Dengan izinNya,sy masih mampu menconteng sesuatu di ruangan ini..

Berat rasanya coretan ini
,serasa seperti tidak mahu berkata apa-apa
rasa seperti mahu diam sahaja
buat seperti tidak tahu
seperti tiada apa-apa berlaku
tapi bukan mudah begitu
kerana saya punya tanggungjawab
pada diri saya
pada anak2 halaqah saya
dan paling penting pada Allah


Entry saya kali ini saya tujukan khas buat mereka>>>

yang saya kira sudah lama bersama saya
mendengar celoteh-celoteh saya
berkongsi cerita dengan saya,suka duka
meluangkan masa bersama saya seminggu sekali bersama
dalam sebuah perjumpaan mingguan kita
yang saya rasa gelisah bila tak berjumpa
rasa rindu bila x bersua
rasa yang melonjak lonjak tiba bila kita jauh


tapi saya tak tahu
mereka juga punya rasa yang sama atau tidak
tapi tak apa,saya rela
kerana kasih saya pada mereka bukan harap apa-apa
jauh sekali dibalas semula
moga kasih saya lekat dalam hati mereka


Dia yang temukan kita
Dia juga yang eratkan kita
dan ingatlah,Dia juga yang pisahkan kita
maka saya rela jika Dia ambil mereka dari saya
kerana saya x ada kuasa
untuk memegang hati mereka
untuk memaksa mereka
bersama sama saya
dalam jalan ini


saya tidak putus asa
cuma saya tidak menaruh harapan yang tinggi
biarlah hanya Dia tentukannya
saya redha ketetapanNya


wahai anda-anda yang pernah bersama saya
menjalin cinta dalam setiap perjumpaan2 kita
saya bukanlah seorang yang terlalu bagus untuk anda
jauh sekali sempurna untuk anda
maka adakalanya saya silap
adakalanya saya salah berbuat
kerana saya juga manusia biasa
tak bisa lari dari leka dan alpa


maka apalah kiranya kesudian anda
untuk memaafkan segala kata-kata saya
yang terkadang saya tak tahu
bisa mengguris hati anda
maafkan segala tingkah saya
yang anda fikir keterlaluan caranya
hingga anda beranggapan saya ini terlalu tegas
dan pemarah,tak bisa berjenaka seperti yang lain
tidak sporting dan adakala memaksa (..kah?)
anda rasa beban dengan saya (..kah?)
anda rasa saya xlayak bercakap untuk anda
mmberi nasihat untuk anda
memperingatkan anda
memarahi anda (saya emosikah?..maaf..)
sejuta maaf untuk anda-anda..


saya inginkan yang terbaik untuk anda
mahu ajak anda sama-sama terbang dengan saya
jom kita lari sama-sama masuk surga
pimpin tangan dengan anda
jangan ada satu yang terungkai
dari genggam saya
kerana saya sangat kasihkan anda


mungkin saya yang salah
hingga anda tidak nampak apa yang saya buat
kerana Dia telah mencabut rasa kasih dari hati anda
untuk saya
dosa-dosa saya mungkin
yang menghalang kasih ini terus mekar
hingga akhirnya
bukan salah anda,tapi salah saya
saya akuinya..


luahan saya terlalu beremosikah?
maaf sekali lagi


saya cuma mahu anda bahagia
bagaimana saya rasa peritnya dan indahnya jalan ini
saya juga mahu anda rasa bersama
tidak mahu ada yang berhenti di pertengahan
tidak mahu ada yang futur
tidak,,,wanauzubillah..


tapi Dia lebih berhak
menyusun tentera di barisannya
memilih siapa yang bakal jejak syurga
mencampak siapa yang diheret ke neraka
maka adalah tidak wajar bagi saya
untuk menidakkan ketentuannya
jika ini pilihannya,saya redha
saya terima dengan hati terbuka
walau jiwa saya pedih terhiris


lalu




saya kenang kembali janji2Nya
saya baca semula firman-firmanNya
minta Dia buka hati kita semua
untuk masih utuh berpegangan
dalam satu halaqah yang sama
menuai cinta untuk ke syurga
bertemu pencipta..


saya relakan anda pergi
jika itu pilihan anda
tapi jika satu saat
anda mahu bersama lagi
saya masih membukanya untuk anda
ruang itu masih ada untuk anda
untuk kita bina semula
cinta yang lerai
kasih yang dulunya berkecai
moga saat itu,tangan saya masih ada
untuk menyambut anda
kembali dalam dakapan Rabbi
bersama kita semua semula~


titis-titis air mata
jatuh lagi buat kesekian kalinya














3 comments:

  1. kuatkan kami menempuh jln ini...
    jgn KAU tapis kami YA RABB..
    kekalkan kami pd jln ini biarpun segunung tinggi dosa kami...
    demi mengecap redhaMU YA RABB...

    Kuatkan kami menerima kenyataan ini...
    amin....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...