Monday, November 8, 2010

Berdialog dengan iblis

Hantu!!


Pada suatu hari Rasulullah SAW baru keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja Rasulullah SAW keluar dari pintu masjid, Rasulullah SAW telah bertemu dengan iblis. Rasulullah SAW segera menegur iblis.

"Hai iblis,apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini?"

"Wahai Muhammad,Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari,"beritahu iblis tanpa berselindung.

"Untuk apa?" Tanya Rasulullah SAW yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.

Lalu segera dijawab iblis, "Supaya engkau bertanya kepadaku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu"

"Baiklah. Mengapa engkau selalu menghalangi umatku daripada mengerjakan solat berjemaah?" Tanya Rasulullah SAW kepada iblis.

"Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk mengerjakan solat berjemaah, aku berasakan diriku teramat panas dan tidak akan hilang selagi mereka mengubah fikiran untuk ke tempat lain," jawab iblis.

"Hai iblis, mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada membaca Al Quran?"

"Wahai muhammad, apabila umatmu membaca Al Quran aku berasakan diriku menjadi hancur lebur seperti timah sedang dibakar."Iblis menjawab.

Kemudian Rasululah SAW bertanya lagi, "Hai iblis, mengapa engkau menghalangi umatku untuk berjuang ke jalan Allah?"

Lalu dijawab iblis, "Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk berjuang, kaki tanganku akan terikat sehingga mereka kembali daripada perjuangan.

"Mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada mengerjakan fardu haji?"

"Wahai Muhammad, apabila umatmu mengerjakan haji, aku akan terikat dengan rantai yang membelenggu dan apabila mereka hendak bersedekah, maka di atas kepalaku terletak satu gergaji yang menggergaji kepalaku seperti kayu sedang digergaji." Jawab iblis.


Tgok 2,banyak malapetaka yang akan menimpa iblis kalo kt buat kebaikan.Jadi,apalah susah sangat kita nak berbuat baik. Kalau susah sgt nak buat baik, itu samelah mcm kite syang sgt kat iblis. Iblis pun berusaha sungguh2 nak hasut kite sbb die pon akan dihukum kalo xbuat keje...kite plak??xtakut ke dgan hukuman Allah?same2 kite renungkan dan amalkan..~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...