Tuesday, September 27, 2011

Jom Check Ukhuwwah Kita ^^

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga saya memulakan bicara di sini setelah berbulan lamanya blog ni x diupdate..kesibukan saya dengan kuliah dan kerja-kerja lain menjadikan saya tidak sempatla nak menconteng sesuatu di ruang ini untuk tatapan pembaca (heh,ade ke org bace?) huu agak poyo di situ..

Setelah puas difikir dan dikorek korek idea, sy terfikirkan tentang ukhuwwah..


Ukhuwwah tu kalau tanya semua orang, mesti jawapannya berbeza-beza kan..

mungkin jawapannya begini

"ukhuwwahfillah abadan abada (sambil buat muke comey ^^v)"
"ukhuwwah 2 bile kite kenal die out and in (bace: luar dan dalam)"
"ukhuwwah 2 bile kite sanggup susah senang bersame"
"ukhuwwah 2 bile kite sanggup disusahkan" erk...
"ukhuwwah 2......n macam2 lagila jawapan yang akan kite dapat..


haa 2 jawapan orang2 biase..jom kite check apa pula kate pak cik Banna


“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).

wooo (sambil juling mate + mulut terlopong)
hebat kan jawapan pak cik 2.
memangla hebat..dia kan orang hebat...


bersama hadek-hadek terchenta dalam bulatan gembira..wink2!


tapi kita pun boleh jadi hebat macam Pak cik 2 tau..
bile kite faham mengikut apa yang dia faham..

maknanya hanya orang-orang yang benar-benar berada dalam jalan para rasul dan sahabat yang mampu menafsirkan makna ukhuwwah dengan definisi dan pemikiran yang sama kerana mereka tidak memikirkan lain melainkan keredhaan Allah dan mereka kuat kerana ukhuwwah mereka terbina atas ikatan yang kukuh dan mantop iaitu ikatan aqidah!




Allah swt berfirman:

“Hanyalah orang-orang beriman yang bersaudara”. (QS Al-Hujurat :10).

Dan Nabi saw bersabda:

“Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan tidak menghinakannya” . (Muttafaq alaih).

Dan Nabi saw juga bersabda:

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan demam”. (Muttafaq alaih)

“Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung”. (QS Al-Hasyr : 9)

“Seorang mu’min terhadap mu’min yang lainnya seperti bangunan, saling memperkukuh sebahagiannya dengan sebahagian lainnya”. (Muttafaq alaih).

“Dan orang-orang beriman laki-laki dan wanita sebahagian mereka menguatkan sebahagian lainnya”. (QS At-Taubah : 71).


Demikianlah ukhuwwah...

Ukhuwwah merupakan elemen kedua dalam kekuatan sesebuah dakwah

1)iman

2)ukhuwwah

3)material

Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda sangat memahami erti ukhuwwah ini dan ia meresap hingga ke dalam urat nadi mereka,dalam gerak kerja mereka..

dan kerna itulah dakwah mereka mencapai kemenangan seperti yang dijanjikan Allah..


Ayuh,akhawat fillah..

kita muhasabah kembali hati-hati kita

adakah masih terselit di mana-mana

rasa tidak puas hati, rasa benci, rasa-rasa yang tidak patut itu

kerna ketahuilah akhawat fillah

rasa itu tidak perlu,tidak benar dan rasa itu adalah dari setan

buang ia jauh2

jika kita mahukan dakwah ini berkembang

jika kita mahukan Dia senang memandang

mari kita sama-sama buang ia

lupakan semua

ia hanya racun yang memakan dalam

usus-usus dan jiwa para daie

jika terus dibiar, bimbang makin bernanah

bimbang makin busuk

lantas hati yang busuk

mana mungkin mampu menyentuh hati

fikirkanlah..~










5 comments:

  1. nak copyyyy :) terima kasih....

    ReplyDelete
  2. ukhuwah errr
    ikatan hati dimana dua jiwa bersatu di atas jalanNya

    ah dis mantap laa! >.< well wrote~

    ReplyDelete
  3. wah, ida! kita pernah bertemu di alam maya sebelum ini!

    -kak nad-

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah,keciknye dunia nh kan..subhanallah..akk rupenye..huhu malu plak tbe2..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...