Tuesday, February 8, 2011

Untukmu~





Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Hijrah ini untuk mardhatillah



Saya selesai membelek beberapa buah blogger komik dan alhamdulillah,lukisan2 mereka sgt mmberikan inspirasi dan ada mesej islami yang ingin disampaikan..lukisan2nya pun boleh tahan..laku kalau buat jual 2..huhu..apa2pon,semuanya kerana Allah.Banyak wasilah2 yang digunakan untuk berdakwah hatta melukis komik sekalipun tetap akan memberi manfaat sekiranya ada mesej dakwah di dalamnya..tahniah buat mereka..dan saya suka dengan komik nh..tajuknya untukmu~nak upload dalam blog,xblehla plak..tapi actually ceritanya dikarang oleh seorang penulis blog dan dikomikkan oleh seorang blogger lain..bes dan watak2nya brjaya dilakarkan dengan baik..kalau tgok jalan ceritanya,kisah trsebut seringkali dialami oleh remaja terutama mereka yang berada dalam jalan dakwah,,sama ada kecundang atau tidak,semuanya terletak atas kita..


Kalau tgok kartun kat ats pon tau kan,kisahnye mesti pasal kapeling..hmm bnyak pengalaman2 org yang sy kutip disamping pengalaman sendiri yang buatkan sy untuk lebih matang dalam menilai sebuah kehidupan..kalau nk diikutkan,sy memg xpernah trlibat dengan kapeling tapi,pernah terlibat dengan lelaki..yaa mula2 memangla kwan tapi bila dah lama,lain pulak jadinya..alhamdulillah,sy panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana saya tidak terlanjur berkapel..hanya sekadar berkawan yang akhirnya putus di tengah jalan.sy tidak kecewa dengan keputusan saya malah saya bersyukur kerana Dia lebih menyayangi saya..alhamdulillah..


Dalam perjalanan yang masih jauh ini
Saya titipkan sebuah warkah buat teman
Saya bukanlah sasterawn seperti Usman Awang
Bukan juga seperti novelis Damya Hanna
Tapi saya hnya seoang sahabat
Yang ingin berkongsi rasa
Dengan teman-teman
Tentang hebatnya kuasa Tuhan
Mengubah bunga menjadi lalang
Mengubah madu mnjadi racun
Hingga keenakannya dilihat jijik
Malah kotor lagi keji..


Saya rasa seronok bila disayang
Saya tahu naluri semuanya begitu
Tapi sejauh mana sayang mmpu kekal bersama
Sejauh mana rindu mmpu melagu jiwa
Sejauh mana cinta mmpu membakar bara
Dan ingatlah,apakah masih dalam redha Dia??


Sayang itu tidak ada ertinya
Andai sayang mmbawa ke neraka
Rindu itu permainan dusta
Bila nafsu yang diutama
Cinta itu hanya memunahkan jiwa
Bila tenggelam bersama dunia..


Muhammad lebih sayang padamu
Mengapa dia lebih kau utama?
Allah lebih cinta padamu
mengapa biar Dia murka?
Andai kau lebih selesa memilih dia
Maka tunggulah azab siksa
Saat itu,Allah dan rasul tidak sudi memandang lagi..


Bersabarlah menanti saat lafaz sakinah bermula
Saat Dia mmperstukan engkau dengannya
Saat yang haram bisa berubah halal
Kau pasti lebih bahagia
Kerana padanya ada rahmah dari Dia
Dan barakah dri pencipta
Moga istana tercipta bahagia
Dalam redha dan kasihNya~





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...