Wednesday, November 30, 2011

Ayuh Hijrahkan Diri!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang..


Saya malu sebenarnya nak menulis di ruangan ini lagi,kerana saya jarang2 sekali menghapdet blog saya yang chantek lagi lawa ini..walaweh…tapi memandangkan di sini sahaja tempat yang saya dapat mencurahkan segala idea saya yang bernas2 dan brilliant itu, saya rasa elok jugalah medan ini saya gunakan walaupun cuma jarang2 sekali..heee..


Sedih


Sudahla dah lama x menghapdet,tup2 tajuk sedih pulak yang dipilihnya..nasebla ye..ramai orang rasa sedih..sedih itu merupakan suatu rasa yang kompem akan membuatkan orang yang merasainya mengalirkan sejenis air yang keluar dari sepasang mata atau lebih dikenali sebagai air mata..(huuui),rasa yang boleh buat seseorang 2 down,rasa keluh kesah,rasa xtenang dalam dada,rasa mcam nak menjerit..kan3??betul x tafsiran sedih saya nh??menurut kamus dewan saya,begitulah yang termaktub di dalamnya..(ok saya dah merapu)

Kalau di kampus,saya sedih dengan banyak perkara.Antaranya kompemla sebab jalan yang dah saya pilih nih iaitu jalan dakwah dan tarbiah yang osem dan bergaya seperti pemilihnya..ehem..tapi kenapa saya pilih jalan ini walaupun saya tahu yang saya akan mengalami kesedihan tu?pelik kan?>>>sebab saya sudah jatuh cinta kerananya..aww..


Jalan ini

Saya mengenali jalan ini dengan senangnya,,saya rasa cara saya mendapat tarbiyyah tak adalah susah sangat mcam Mush’ab,Umar,Hamzah,n geng2 Makkah Madinah semua 2..depa 2 kena macam2 semata-mata nak memeluk agama islam..kita nih yang dah peluk agama islam,xpernah rasa kan apa rasanya jika berada di tempat mereka..kita hanya tahu,keluar2 uwek2 dah dah jadik orang islam..bak kata pak cik Maududi,islam pada keturunan..sebab 2 kita dah kabur2 mata,xnampak dah apa beza islam dan jahiliyyah..kalau zaman sahabat dulu,depa 2 sanggup bergadai nyawa berkorban segala-gala,lautan api sanggup mereka renangi,semata mata kerana nak masuk islam..haa baru kena metafora 2 ngan depa..orang bercinta duk guna lautan api sanggup kurenangi,padahal kena pisau sikit dah macam nak tercabut nyawa..haaa apa agak2 sebabnya depa bleh jadi lagu 2?boleh melompat terus ke dalam islam dan tinggalkan semua jahiliyyah depa..padahal jahiliyyah depa sangat2lah dahsyatnya..mungkin satu ja jawapannya,sebab mereka CLEAR.mereka NAMPAK.(bukannya mereka pakai spek nak bagi nmpak )tapi sebab mereka JELAS betapa kotornya JAHILIYAH tu n betapa sucinya ISLAM tu..mereka Nampak CAHAYA tu dengan terang..mereka Nampak beza GELAP dan cerah!(sekali lagi ditegaskan,mereka xpakai spek pun!)..tapi kita??kita kurang jelas n kurang Nampak apa itu jahiliyyah dan apa itu islam..kita hanya kenal sipi2 ja..xkenal dengan sedalam-dalamnya..adalah lebih tepat saya katakan kita sekarang berada dalam zon kelabu(eh,kaler pebret saya!)kepada zon cahaya..tapi sahabat2 keluar daripada Zon Gelap kepada Zon Cahaya..sebab 2 mereka boleh beza,n boleh bertindak dengan drastiknya untuk mengubah hidup mereka 360darjah celcius.



Saya rasa saya sudah tersasar jauh daripada objektif dan hadaf utama saya!!saya nak cerita pasal kesedihanlah!(- -“)ok kembali kepada hadaf>>>

Ok,sebenarnya ada kaitannya dengan huaraian saya yang panjang lebar di atas..sila tarik nafas lega sebab dah baca panjang2..


Saya sedih sebab saya masih belum seperti mereka..masih belum dapat berdiri sama rendah,duduk sama tinggi bersama para sahabat..(eh’) masih terlalu jauh bezanya amalan2 saya dan pengorbanan2 saya kalau nak dibandingkan dengan mereka..(ok tarik lengan baju lap ayaq mata),,walaupun saya lahir islam,dan mereka bukan mendapat islam secara keturunan,tapi mereka lebih hebat mengenal islam daripada saya(air mata makin laju) …saya masih berperang dengan jahiliyyah saya sedangkan umat sangat2 parah di luar sana (ok,saya dah x tahan lagi)

Emosi!Emosi!(haih)


Kadang2 saya geram dengan diri sendiri,sebab saya xmampu nak lawan jahiliyah diluar sana,sedangkan saya sangat2 tahu bahwa saya WAJIB meninggalkan jahiliyah jahiliyyun itu sebab saya sudah memilih jalan yang suci ini..saya sedih,saya rasa nak menangis,saya emosi!sebab diri saya sendiri!argh!!!


Kadang2 bila saya dah kuat untuk jauh dari jahiliyah2 saya,persekitaran pula yang tidak menyokong..dari sudut rakan2 terutamanya..bila kita dah usaha untuk kuat,kawan kita pulak buat spoil..memangla ujian,,urgh…geram!


Tapi,boleh ke kita salahkan mereka??rasanya tidak cukup kukuh alasan kita untuk tidak meninggalkan jahiliyyah hanya kerana kita tidak kuat..xrelevan lansung!lembik!macam ni ke nak jadi daie?!urgh,sentap!


Kalau betul kita nak,usaha kena mantap..Dah cukupkah usaha kita untuk melawan jahiliyyah?Adakah cukup dengan kita duduk2 sahaja dan membiarkan sahaja jahiliyyah bermaharajalela di sekeliling kita tanpa kita mengambil usaha apa-apa untuk menjauhinya!?ohh sungguh tidak bergaya perbuatan sedemikian..

COOL

Cool je..saya suka cara ini..


1)Mutabaah Amal

Sibukkan diri kita dengan mutabaah amal..saya sangat2 yakin dengan seyakin yakinnya bahwa jika seseorang itu disibukkan dengan mutabaah amalnya,tiada masa untuk dia melayan jahiliyyah di sekelilingnya.tiada masa untuk menonton sinetron mahupun drama2 korea,serta tiada masa untuk menghabiskan masa dengan game burung bengang dan tumbuhan lawan zombie..kalau x percaya dengan cara yang cukup bergaya ini,anda2 semua boleh cuba salah ( baca:try an error) saya sangat percya anda semua tidak akan salah! Kalau salah juga,mungkin anda tidak bersungguh sungguh dalam mencukupkan mutabaah amal anda..jangan Tanya saya mutabaah amal tu menatang apa.boleh Tanya abang google n abang yahoo..mungkin mereka tahu..


2)Buku2 Fikrah

Cara lain yang juga tak kurang gayanya,adalah dengan menghabiskan masa dengan menelaah buku2 fikrah.Cara ini bukan sahaja bergaya malah anda akan kelihatan lebih osem dan cool di hadapan hadek2 bulatan gembira anda bila anda mengeluarkan pendapat dan memberi taujih..percayalah..mintalah pada naqibah atau naqib anda untuk mencadangkan buku-buku yang patut dibaca..saya yakin,naqib atau naqibah anda akan mencadangkan buku buku yang sesuai dengan anda dan akan membantu anda untuk lebih memahami jalan ini.

3)Melayari blog2 ilmiah

Saya juga suka dengan cara ini,tapi kena lebih berhati2 kerana silap langkah,kita juga akan lagho dan terpengaruh dengan jahiliyah di dalamnya..banyak blog2 ilmiah yang terdapat di alam maya kini..tinggal kita untuk memilihnya dan memanfaatkannya sebaik mungkin.Kalau betul cara kita,dapatlah juga tingkatkan iman tapi kalau tersalah langkah,mungkin iman boleh jadi makin lesu..AWAS!

4)Video walking

Ini kegemaran saya!saya memang suka mencari video2 ilmiah di youtube mahupun di fesbuk.kadang2 sampai addicted!hoho ini pun agak bahaya.takut nanti video lain pulak yang keluar.tapi kalau betul caranya,mungkin boleh meningkatkan hamasah dan tsaqafah kita..jadi,JAGA-JAGA!

Wah,panjang juga hapdet saya kali ini ya..xsangka pula..apapun,saya sangat-sangat berharap agar saya diberi lebih kekuatan untuk mengikis jahiliyyah2 saya ini sepenuhnya..bila di rumah,lagi kuat saya diuji tambahan pula dengan tv.saya memang selalu kalah dengan benda alah 2.kuat betul penangan dia ke atas diri saya.maklumlah saya dulu,sinetron addicted,Korean drama addicted,..susah,,hijrah ini memang susah,.hijrah ini menuju Allah..jadikanlah hijrahku ini seteguh hijrahnya Umar.amin..moga kita sama-sama diberi kekuatan,,mujahadah linafsih!yuk!

~aman~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...