Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
saya mulakan lagi coretan di blog ini setelah berbulan ditinggalkan sepi..terasa seperti telah jauh…
jauh…………..
lagi jauh…………………….
dan jauh lagi…………………………
kita yang makin jauh dariNya,,
sedarkah duhai diri?
Kau begitu ego
Terlalu banyak berkira-kira
Terlalu banyak beralasan
Terlalu banyak bertangguh-tangguh
cuti yang begitu menguji tarbiyyah Kendiri saya
saya mahu
mulakannya sekali lagi…
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
وَالْعَصْرِ
(1) Demi masa.
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَات
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
(3) Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh,
dan mereka saling menasihati supaya mentaati kebenaran
serta saling menasihati supaya menetapi kesabaran.
Sentap hati saat ini
Meski ayat ini sering diulang-ulang
Kini baru sedar..
Kerana diri yang mudah alpa dan leka
Dengan nikmat dunia yang semu semata..
Mengapa duhai hati
Sedarlah hati
Kau milik Rabbul Izzati
Menagapa terlalu susah meletakkan Dia teratas sekali
Di bibir mungkin mudah berkata-kata
‘Allah di hatiku’
‘I loves Allah’
Tapi sejauh manakah cintamu?
Sejauh mana cinta mampu menggapai syurga
Jika cinta hanya mainan kata
Yukk,,kita hijrahkan cinta
Dari kata benda menjadi kata kerja
Maka tersusunlah sebuah kalimat peradaban dalam paragraph sejarah
Jika kita menghijrahkan cinta
Dari jatuh cinta menuju bangun cinta
Maka cinta menjadi sebuah istana, tinggi menggapai syurga..
begitu kata Salim A. Fillah dalam Jalan Cinta Para Pejuang
Ayuh..akhawat fillah sekalian
Andai sudah terlanjur ditepi
Ayuh mulakannya sekali lagi
Kita mulakan dengan niat yang baru
Bukan kita tiada kesempatan lagi
Kerana tidak sempat hanya akan berlaku
Bila denyut nadi berhenti nanti..
Teruskanlah langkah
Biar sudah rebah berulang kali
Biar sudah terlalu banyak janji telah dimungkiri
Biar sudah terlalu banyak dosa menimbun tinggi
Asal kau sedar kini
Dia tidak pernah meninggalkanmu sendiri
Ingatlah..
orang bertaqwa itu bukan maksum
bukan tidak pernah berdosa
tapi mereka adalah
yang bila merasakan dosa
lantas terus memohon taubat
dan berazam tidak mengulangnya lagi
(3:133-135)
133 : Dan berlumba-lumbalah (bersegeralah) kamu kepada keampunan Rab (Tuhan) kamu dan jannah (taman/syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang yang bertakwa.
134: (Iaitu) orang yang menafkahkan hartanya ketika senang dan susah, orang yang menahan marah dan memaafkan manusia. Dan Allah mengasihi orang ‘muhsinin’ (yang melakukan kebaikan).
135: Dan orang yang apabila mereka (tergelincir) melakukan kejahatan atau menganiaya diri sendiri, mereka (akan) ingat kepada Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dengan apa yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui."
cukup sudah kiranya peringatan-peringatan dari Dia
yang cukup menyedarkan kita
yukk kita mulakan
mulakan sekali lagi..
langkah baru yang lebih bererti~