Thursday, April 14, 2011

Keberkatan masa

~ingatlah padaNya,nescaya Dia juga akan mengingatimu~


Ukhti;ya ukhtifillah,lame dah ana xnampak entry bru..ble nak update?
saya;bukan xnak update,.sibuk sikitla..
Ukhti;enti,jgan cari alasan..semua org sibuk,tapi alangkah ruginya mereka yang sibuk dengan dunia tanpa menghiraukan akhirat..enti pilih yang mana ya??(nada berguarau)
saya;astaghfirullah..jazakillah ukht atas peringatan..ana cuba luangkan, insya Allah..


alhamdulillah, saya masih dberi kesempatan untuk terus mengupdate blog yang dah bersawang-sawang dah ni..tak tahulah dah macm ghupe ape..hehe..buat yang mengikuti entry-entry di blog ni, saya mohon kemaafan dri kalian, kerana kesibukan saya dengan urusan dunia melupakan saya pada medan penulisan yang juga merupakan sebahagian dri medium dakwah saya.asif jiddan..tapi saya tertanya-tanya juga, ada rupanya insan-insan yang membaca entry-entry di blog saya walaupun saya rasa entry2 trsebut tidaklah terlalu menambahkan iman..hehehe..jazakumullahukhairankathiraa..


bila sembang pasal bizi, saya nak ketengahkan sikit isu asaimen kot..sebab bru2 ni saya dan rakan-rakan kuliah memang disibukkan dengan asaimen yang bertimbun banyaknya dan ia membuatkan kami makan tergopoh gapah, mandi teringat-ingat, tidur tak tentu masa dan seangkatan dengannya..saya memang jenis xbleh tidur lewat2 sangat atas pada jam1pagi 2,kire da lewat sangat dah 2, so kalau keje xsiap pun, saya still akan tidur dan sambung buat bile bangun besok pagi..tapi tidak bagi segolongan yang laen.mereka sanggup berjaga malam sehingga pagi dan tak tentu juga asaimen mereka siap hinggakan ada yang tangguh hingga ke tengahari dan petang...isy3 obsesnya mereka dengan asaimen..(sambil menggeleng-geleng kepala)^^
tapi itu semua sebenanya bergantung pada individu 2 jgak.alhamdulillah walaupun saya tidaklah sampai berjaga sehingga pagi seperti yang disebutkan di atas, saya juga dapat siapkan asaimen seperti mereka2 juga..^^


mungkin saya nak ceritakan juga tentang keberkatan masa.berkait dengan situasi yang diceritakan di atas, saya sangat merasakan bahawa ia sangat berkait rapat dengan keberkatan masa.Keberkatan masa yang saya nyatakan dalam konteks ini ialah masa yang kita gunakan menjadi cukup dan kerja kita juga dapat disiapkan dengan baik tanpa perlu menyusahkan rakan yang ditugaskan menghantar asaimen kepada lecturer berkaitan untuk menunggu kita menyiapkan asaimen dan akhirnya asaimen semua orang dihantar lambat gara-gara segelintir manusia yang gagal menghantar asaimen tepat pada waktunya(berbelitnya ayat==")



bagaimana nak dapat keberkatan masa??
siapa yang ciptakan bumi? ALLAH
siapa yang ciptakan kita? ALLAH
siapa yang uruskan urusan kita? ALLAH
siapa yang bagi kita kesempatan? ALLAH
siapa yang bagi kita keberkatan? pastinya jawapannya ialah ALLAH



maka tiada yang lain, sebenarnya urusan kita dengan Allah haruslah diobseskan seobses mungkin supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita kerana kita semua tahu bahawa kita buat segalanya kerana Allah.Kita study sebab Allah yang suruh,bukan sebab kita nak capai 1st class. Semua orang idamkan 1st class, tapi 1st class untuk siapa? kalau kita idamkan 1st class untuk dapat kerja yang baik dan gaji yang besar, bila dah dapat keja yang baik n gaji yang besar, kita nak apa lagi?kereta besar,rumah besar,bini besar..opsss..haa pastu cari duit banyak2 lagi untuk besarkan rumah lagi dan besarkan kereta lagi..xhabes2 banyakkan duit untuk urusan dunia kita..bagaimana pula dengan urusan akhirat kita?bila kita dah dijemput nanti, nak bawak sekali duit masuk liang lahad ke?kalau dapat masuk sekali, bergunalah jugak duit yang dicari tyme kat dunia 2..tapi xboleh kan??kita hanya berbekalkan amalan kita je kat dunia..



sebab 2 kita kena settlekan niat kita.buat apa sahaja kerana Allah yang suruh..jangan terlalu banyak mempersoalkan.nak jadi macam kaum Bani Israelkah?asek banyak tanya je,buatnya tidak..akirnya memakan diri sendiri..kan rugi 2..bak kata Umar Tilmisani mursyid IM yang ke3 die cakap, "buat yang banyak mempersoalkan, jangan terlalu banyak mempertikaikan.apa kata anda lihat, anda lalui dan anda rasai sendiri.baru anda akan mengerti"^^



rasanya cukup banyak sudah saya berceloteh di sini.harapnya entry kali ni menambahkan iman kalian dan sebenarnya entry-entry yang saya tulis di sini peringatan yang sangat besar buat diri saya khususnya kerana orang yang banyak berkata-kata(menulis) pasti akan diuji nanti dengan apa yang dia perkatakan/tuliskan.(dalam hati,"bersedialah,,kamu akan diuji nanti!)tapi apa nak buat, ujian tu lumrah kehidupan,warna-warni sebuah perjuangan,penguat iman dan ia sebenarnya teman di perjalanan..~akhir kalam, ilalliqa' ma'assalamah..ana ukhtukum fillah^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...