Friday, December 24, 2010

Hari itu~(^_^)

Bismillahirrahmanirrahim~

lama rasanya sy tidak mencoret sesuatu disini..mungkin kerana sedikit masalh kat keyboard nh haa y mmbuatkan sy brtambah malas utk mengupdate..huhu..walaupun sbanrnye da bnyk da bende brmain di pikiran gue..hehe

sy brminat utk brkongsi sesutu dengan anda..tentng hari itu...hari itu..



dalam derasnya hujan yang mencurah
bukan sekadar rahmat itu yang Kau beri
tapi juga rahmat y bisa mmbuat aku terpana
jadi sedar semula, siapa diri, di mana brdiri dan apa yang dicari
mungkin kerna Dia masih sayang hamba
mungkin..

saat futur menyapa,
brkocak hebat antara duniawi dan ukhrawi,
nafsu pula ingin menang selalu,
iman yang selalu brubah
dan lemahnya diri ini,
Kau hadir tanpa suara
hanya dengan kalimah 'kunfayakun'
jadilah maka.. jadilah..



dia yang sudah diamamah usia
datang menyapa mmberi satu makna
pada rasa y sudah semakin pudar
dan pada jiwa y sudah semakin hambar..
dan saat melihat keletah cucumu itu,
aku terpana sekali lagi,
bibir mungilnya lancar meyebut kalimah2 suci,
smentara menunggu hujan rahmat itu,
reda dari bumi..

dan kami bicara seolah olah sudah saling mengenal,
mungkin inilah dia..
saat Yang Maha Segala mmprstukan hati2 kita
aku jdi lupa pada derasnya hujan itu
lantaran hebatnya tamparan Illahi
memberi makna pada sebuah prtemuan
yang tidak kan tersangka
oleh prcaturan manusia..



dan dia bicara lagi
dengan hanya mmpu melihat anak matanya
lantaran selubung niqab yang masih di muka
ak jadi kagum pada bait2 ayatnya
yang runsing memikirkan ummah,
yang makin kotor akhlak mereka,
brgelimpangan di jalanan,
megah dengan jahiliyah sendiri,
suka dengan jauhnya dri Illahi,
dan islam yang bila kan gemilang lagi?


aku jadi sedar pada apa tugasku?
di mana kerjaku?
bagaimana hasilnya?
adakah sudah cukup smpai disini?
aku tahu sendiri jawapannya..

sempat juga didoakan buatku
moga beroleh zauj soleh
dapat memimpin hamba lebih teguh
untuk berada di jalanNya..
dan aku trtawa kecil
saat dia juga menyatakan,
keinginannya untuk bersuami
andai masih ada yang ada sudi,
kerna pedulinya kepda ummah
inginkan dakwahnya lebih teguh
dengan zauj dissi..(^_^)


saat itu juga
hujan semakin reda..
puas juga brmain dengan cucunya
sempat juga merakam aksi2 lucunya
dan doaku agar Mohamad jadi anak yang soleh
brbakti pada agama
suatu saat nnti..

pelukan umi masih kurasa hingga kini
dalam erat sebuah dakapan,
bnyak cerita ummah yang kami kongsi brsama
dan pesan2nya yang cukup brguna
buatku..
kamu titipan dri Rabbi
buat aku yang masih lemah di jalan ini
dan saat futur kembali menyapa,,
segera kuingat kisah ini..
di hari itu..


terima kasih Yang Esa
atas rahmatmu yang tak terbanding segala
aku yang lemah lagi hina,brsyukur..
krana masih dbri waktu
untuk terus mengkoreksi diri
kembali pada Rabbi~














Saturday, December 11, 2010

Tingkatkan kelajuan menaip anda!(^_^)

32 perkataan

Speedtest


hehe..bosan2 buat mende nh..xdela terer sgt sy nh..bolela..ckup2 makan..ehe~selamat mencuba!

Sunday, December 5, 2010

Hadiah Illahi~

Tbe2 sy rse mcm nk tukar name blog pula..ok x 'Hadiah illahi'??hehe..mcm bes je kan(perasan sendiri)



sebenarnya sy sgt teruja sejak kebelakangan ini,,..nk tau sebabnye ape?sebb korangla..korang kwan2 yang sy sayang dunia dan akhirat!!


Hari ke hari sy trsenyum puas,.syukur kepadaNya kerana menganugerahkan saya kwan2 yang dapat berjuang brsma sama dengan saya.Sebelum ini sy agak merasakan kesepian dan adakalanya sy mencari2 ruang dan peluang untuk sama sama mengajak mereka bersama sama saya.tapi,,agak susahla juga sebab diorang kawan2 sy dan cara yang saya lakukan haruslah berhikmah dan bijaksana agar tiada mana2 hati yang terguris.Tapi,itulh adatnya..bukan mudah mengajak mereka ke arah perubahan yang lebih baik..saya tidak maksudkan rakan rakan satu maktab tapi rakan2 saya y sudah lama tidak bersua muka.Sayang sy pada mereka mmbuatkan sy tidak pernah diam untuk bertanya khabar mereka dan mengikuti perkembangan mereka..dalam doa sy juga, sy mohon agar mereka sentiasa dalam penjagaanNya dan y paling sy mohon agar mereka dikurniakan hidayah..ya,,hidayah..


Dan setakat ini sy sudah boleh tersenyum puas.Saya tidak sendiri lagi.Nyata mereka juga seperti saya.Meski dulu kami jahiliah,kini kami mula merangkak kembali mencari cintaNya.Apalah salahnya jahiliah itu ya?kadangkala sy merasakan jahiliah itu perlu kerana mengenal jahiliah itu harus.kenapa sy katakan begitu kerana kita semua manusia dan kita punya bagai2 kisah silam dan jahiliah kita sebenarnya mengajar kita bnyak perkara.anda setuju dgn sya?


Sya prnah juga merasakan alam jahiliah itu,.percayakah anda Sayd Qutb juga pernah berada dalam jahiliah dan dia juga mengatakan bhwa dia tidak menyesal dengan jahiliah yang telah dia lalui.Dengan jahiliah lah dia kembali mengenal Rabbi dan kalam Illahi.Subhanallah,,indahnya..sehingga kini karya Tafsir Fi Zilal masih menjadi rujukan manusia sehingga kini.hebat bukan? Jadi usahlah merasa hina kerana jahiliah kita dahulu.Asalkan kita punya niat untuk berubah dan kita tinggalkan jahiliah itu kerana Allah,cukup dengan taubat nasuha dan sebagainya, saya rasa cukup tidak perlu untuk kita menyesali jahiliah.Tidak salah jika mengenangnya untuk dijadikan pengajaran cuma janganlah jahiliah kita dahulu menjadikan kita merasa rendah diri dan hina serta berputus asa dri rahmatNya.Ia cukup mendapat kemurkaan dri Illahi.


Alhamdulillah juga kerana mereka juga sudah punya blog dan website yang memudahkan sy mengikuti perkembangan mereka.alhamdulillah..syukur ya Rabb..merekalah hadiah Illahi buat sy..~=)Semoga istiqamah dalam jalan ini.ana ukhtukum fillah~:::..



Wednesday, December 1, 2010

Mujahid Dakwah

Imam Hasan al-Banna mengatakan: “Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu.

Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya.

Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan.

Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa selebar bibirnya, dan menggunakan waktunya untuk bermain dan kesia-siaan, mustahil ia termasuk orang-orang yang menang, dan mustahil tercatat dalam jumlah para mujahidin.”

Saturday, November 27, 2010

Ehem,gambar Muslimahkah itu?

Terkadang bila melayari facebook dan weblog rakan-rakan, saya merasa hairan melihat sesetengah facebook dan weblog muslimah yang bertudung dan yang menutup aurat; mereka tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda wahai muslimah sekalian, namun sayangnya anda terlupa bahawa gambar yang anda letak itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu yang enggan melihat wajah-wajah itu dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ia ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya.

Dikalangan mereka, ada yang bagus; yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa Yang mereka kerjakan."

Hati Yang Sakit Bertambah Sakit.. Kasihanilah Masyarakat..

Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku, kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih pantas; sesegera mee segera.

Alangkah malangnya andai wajah-wajah yang terpamer itu mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki. Lelaki yang mantap imannya akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda... untuk menikahi anda tidak mengapa, tetapi jika sekadar mahu memuaskan nafsu?

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin ia juga fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi dan dengan perkongsian itu, secara tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, berhati-hatilah!

Jalan Penyelesaian?

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya.

Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Adakah memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan perkongsian atau posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar kepada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda adalah anugerah Allah SWT.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Selamat bermujahadah sahabat muslimahku!

- Artikel iluvislam.com

Thursday, November 25, 2010

Haila mak....=)

mase cuti ni la rase mcm nk tido bwah ketiak mak je..hehe..mlepas rindula konon..tp muat ke?hehe..mcm xcaye je..mak da maken tua,uban pon penuh dikepala..mak slaloo cabut tapi bile sy nmpak,mk jeling2 je,,takut kne marah,,sy cakap "mak,,x elok cabut uban,,Tuhan da bagi yang trbaik tuk mak..uban tu tande Allah syang kat mak..pringatan utk kite y masih hdup nh,bhwe mati itu pasti dan sediakan bekalan secukupnya tuk hdapi mati"..mak pon iakan je ape y sy cakap..tpi tangan die ralit je duk mencabut..haila mak....

spti kebiasaan, ble tbe waktu subuh, mak bagun awl pagi..sediakan bekfez tuk kami anak beranak,,sy bangun lambat sketla dri mak..(mak xkejut sy qiam sme2) ngeee...lpas da siap bekfez,mak xtido balik..kalo sy,da lame tdo balik..pas sbuh je,mateku sprti digam..haha..mak buat pe xtido??mak memg xpnah lekang ngan biji tasbih kat tgn..sibuk dgn zikirnya..smbil2 tgok channel oasis kat tb 2,mlut mak xlekang dri bzikir..memg kalo bab berzikir,sy pon kalah ngan mak..hehe..tabik u mom!walopun dalam ngantuk2 2,mak xlpe bkak matsurat..kdg2 ble sy trnmpak mak trsengguk,rse kesian n lucu pon ade..haila mak....

kalo pagi2 2,xsahla kalo mak xkelua brsihkan hlaman kat lua..nak hrapkan sy?hehe..sy wat keje kat dalam je..ank dare xelok kua umah..ngeee..mak tanam mcm2 tnaman kat lua umah..mak memg ade gaye pengusaha tnam tanaman...n alhamdulillah,tnamn2 2 mmbuahkan hasil y agak bez..jimat duit...hehe,,untung abah ade isteri cm mak..tpi satu je sy xpuas ati ngan mak sy nh..walopun sakit2,die wat xtau je ngan skit die..wat keje semacam je..mcmla die xbleh mintak tolong sy n adik2 y len..pastu mulela sakit sane sini..risau tau ktorag kat mak..haila mak...

tadi tyme sy tolong mak masak kat dapur,mak bukak citer pasal sakit mak y datang balik tyme sy xde kat umah.(kat maktab)..mak cte n sy trlopong dgar mak cte..xsangke mak sakit balik..slame nh mak xpnah cte pon,,diam je..smpaila hri ni bru mak bukak cte..mak kate penyakit mak 2 dah klua abes da..lpas mak pg jumpe ustaz 2 n dgan izin Allah,alhamdulillah mak da sembuh spenuhnya..sy lega dgr mak ckap cm2..pastu mak cte kat sy..mak slaloo buat solat sunat taubat sblom tdo n solat dhuha..mak kate mak dapt rse prubahan dalam dri mak ble mak buat solat sunat 2 especially solat sunat taubat..mak kate mak lebih tenang n mak rse seronok nk beribadah,,sy trharu dgr cte mak..hmpir2 sy menitiskan air mate ,,sungguh mak..hnya dgan mengingati Allah hati akn mnjadi tnang..sy xnafikan,bnyak prkare y sy blaja dri mak sy..alangkah baiknya kalo mak mengenal tarbiah,,msti mak boleh jdi lagi hebat..tp apepun sy berbangge ade mak mcm 'mak'.mak y trbaik dlm hdup sy!dan xkan ade sape bleh ganti tmpat mak dlam hati sy..cewah..(hehe mak xleh bace nh,kcuali kalo mak nk blaja blogging ngan ida..weeee=))


ya Allah,kasihani insan y brgelar ibu ini
ampunkan dosa2nya
sihatkan tubuh badannya
sinari hari2nya dgan munajat kepadaMu
jauhi dia dri sgala bala bncana
anugerahkan dia syurga
krana hanya itu yang layak buatnya
dan aku mohon ya Rabbi
agar setiap amalanku dterima olehmu
agar bisa mnjadi saham buat ibu
menggapai suragaMu~=)


p/s-hargailah ibu2 anda selagi mreka msih ada...




Monday, November 22, 2010

Kasihani mereka..

Bismillahirhmanirrahim..

entry kali nh..agak sedih..saya menyaksikan pembunuhan kucing(xtau bape ekor) di depan mata saya....


buat pertama kalinya
saya lihat
mereka mati..
di depan mata saya,,

mereka juga makhlukNya
mengapa diperlakukan sebegitu rupa???
apakah tiada belas kasihan di hati
lantaran dikuasai nafsu dan setan
kau jadi lupa diri
yang mereka juga sbnarnya makhlukNya





sanggup..
dia tanam bangkai mereka
selepas dia hentam cukup2
dia korek lubang buat gaya hebat
"Yaa!!akhirnya!!menyusah org sgt!!"
dicampak sekor2 dalam lubang
dikambus semula tanpa apa rasa
manusia apakah ini???!!


sayu,pedih..
saya xmampu brkata apa
hanya mmpu melihat
lantas saya prgi ke kuburan itu
cuba mengorek2 lagi
mungkin mereka masih hidup
harapan saya hnya ditertawa
dgan lagaknya dia brkata
"da mampus dah 2..xpayah nk korek2 dah
tdi kau xnak pulak gosok2 diorang
skang mule buat gaye alim
huh!!"



saya trpana
apakah tiada rasa brsalah dalam dirinya??
saya hairan...manusiakah ini?
atau mungkin setan yang brtopengkan manusia..

sudahlah..
saya bawa cerita sedih ini
saya terdiam sejenak
di mana ibu mereka??

lantas saya terlihat seekor lagi
dia terselamat dri mnjadi mgsa
wajahnya cukup sayu
dri wajahnya,saya lihat ada sendu
suaranya tidak galak lagi
matanya trsimpan seribu rasa

saya gosok dia
rasa brsalah krana tidak dapat brbuat apa2
pasti dia sedih
krana sendiri..
semoga mndapat pembalasan kelak!
itu yang saya dengar dri suaranya!




ya Allah,jganlah aku digolongkan dlam golongan ini
golongan yang menzalimi haiwan
aku brlindung dri segala kejahatan
semoga mereka yang berdosa menerima pembalasan
atau ampunan,aku rasa lebih baik pembalasan...!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...