Sunday, August 26, 2012

Sayang Emak Saye^^

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,


Hari ini saya pulang kembali ke maktab,
pulang dgn iman yang semakin compang camping
pulang dgn semngat yang kian luntur..
tunduk malu.

malu dgn diri sendiri,malu dgn pencipta!

Abah hantar pergi terminal bas,.kali ini tanpa ditemani mak tersyang.mak demam.kesian mak.semenjak dua menjak selalu saja sakit2.

Tengok muka mak.
Perhati di setiap garisan.
mak semakin tua
makin banyak uban di kepala
makin nampak garisan2 kedutnya

tapi sumpah! mak tetap chantek seperti dulu.^^

Berat rsanya mahu meninggalkan halaman
Berat rasanya mahu lepaskan pelukan mak
Berat rasanya nak lepakan pandgn dri wajah mak
Berat rasanya nak lepaskan genggaman tangan mak

Mak,makan ubatlah.
Takpe,nnti lame2 okla 2.
Abah kate mak suke buat analisa kesihatan sendiri.

Aku hanya mampu senyum,tengok muka mak.geleng kepala.
orang tua dengan kerenah mereka juga.

Teringat kisah di suatu pagi.aku dan mak.

Sambil2 tolong mak ape yang patut kat dapur.aku bukak cerita.

Ida : Mak,malam tadi ida mimpi buruk.

Mak : mimpi apenye??

Ida : mimpi...heesy memang takut sangat mimpi 2. bila sedar pon,rase mcam tercungap-cungap lagi.letih sgat.
(bercerita dgn penuh gaye)

Mak : Hah yeke? mimpi ape 2? smpai mcm 2 skali?

Ida : 2la mak.Ida mimpi kene kejar dgn sorang laki2 nh.Ida xkenal laki 2 sape.tapi die xhenti2 kejar ida.smpai ida pon penat nak lari.tapi kan mak..sepanjang ida kene kejar 2,ade sorang lagi laki2.Die baik.Hensem lagi! hehe die yang protect ida.die jage ida spya laki jahat 2 xkacau.baek kan die?^^\

Mak : Mimpi ida 2 mcam ade maksud tersirat.

Ida : (dlam at..hmm pndai jgak mak aku nh..main2 analogi plak..huhu)

Mak : Mungkin laki2 yang jage Ida 2, amal2 soleh kita. Ida terfikir x?

Ida : Hmm,,nicela mak!^^ insya Allah, amin.....

Mak : Sebb 2 kita hidup di dunia nh,perbanyakkanla amal soleh.Bacaan AQ, selawat, solat,istighfar.
zikir,,segala benda 2la yang akan jadi perisai kita dripada kejahatan. (mak pandang smbil senyum)

Ida : Terima kasih,mak^^.Ida ingat selalu,insya Allah.

Dan hari ini, Ida tinggalkan mak yang demam di rumah.

Tapi Ida pegang dan ingat kata2 mak.
Doakan perjuangan anak mak, di bumi Batu Pahat ye!^^


Tarbiyah dari mak tersayang.Mak.tiada gantinya.sampai bila2.
sayang mak sampai syurga!^^





                                                                    kredit to kak krun


Sunday, June 10, 2012

Sesekali,pandanglah. dengan belas.


Bismillah..

Dengan namaNya lagi,sy msih hidup dan dpt menghirup nikmat iman dan islam itu lagi..
Rasanya seperti sudah terlalu terlalu lama sy tidak menghapdet belog sy ini.heee.sengih sket. 

Mulanya ya..sy berniat utk menjdikan belog ini sbgai salah satu medan dakwah, tp bila sy sendiri asyik on sekejap,off terlalulah lame,,esy rse segan pula bila nk cakap camtuh.hangat2 tahi ayam kan.

Tapi bila memikirkan sikap yang sebegitu,saya jadi malu sendiri.walaupun saya tahu belog saya nh tiadalah ramai benar pengunjung yang sudi membacanya,tapi saya sendiri mengaku yang saya kurang bersungguh dalam hal ini.kerana itulah.dan memg patutlah.kan.

Tunduk,malu..

Maka tidak perlulah saya mengaitkan ia dgan factor masa atau sebagainya kerana memang saya sendiri yang kurang bersungguh.saya akui.ok sudah.saya minta maaf ya.kepada anda2 semua yang mengikuti perkembangan belog yang tidak seberapa ini.saya akan cuba perbaiki.insya Allah,doakan.;)

Insya Allah,masuk kpd topic.

Sebenarnya kita sangat mudah menghukum manusia bukan?

Sangat mudah melabel orang lain dengan itu dan ini.

Sebagai contoh, sebagai ibu bapa (wlaupun sy belum bergelar ibu),jika anak2 bertanyakan tentang sesuatu perkara yang agak advance atau tak tercapai dek akal kita, ibu bapa selalunya akan memarahi dan melarang keras anak tersebut.hingga membuatkan si anak terus diam,terkucil.tidak jadi bertanya apa yang terpendam di dalam hati.


Mak,kenapa orang perempuan kena pakai tudung?>> Pakai ajelah.Dah Allah suruh kan.
Abah,kenapa orang lelaki boleh kahwin empat,sedangkan perempuan tidak? >>itukan sunnah.banyak tanye pulak.Kau tak kawen lagi.jangan masuk campur hal orang tua.



Mungkin itulah jawapan2 yang akan dilontarkan,sehingga si anak menurut sahaja tanpa mengetahui sebab yang kukuh dan kebaikan yang perlu diterapkan dalam beramal.Ada juga sesetngahnya yang memberikan jawapan yang boleh mengelirukan si anak hinggakan si anak menganggap perbuatan tersebut betul dan tidak perlu dibincangkan lagi.

Bukan sahaja dalam kondisi antara ibu/ayah dengan anak2 tetapi hal ini berlaku dalam segenap lapisan.sama ada guru dengan murid,pak imam dengan ahli Jemaah masjid,naqibah dengan anak2 usrahnya, dan yang paling menyedihkan apabila ia melibatkan masyarakat dengan golongan agama.

Mengapa saya mengatakan begitu?

Iya,kerana ia sungguh akan memberikan impak yang sangat besar kepada yang bertanya dan juga orang yang mendengar.Sebagai contoh


Ustaz, saya ingin bertanya.Kenapa orang perempuan perlu bertudung?>>Orang yang banyak bertanya,jelaslah kejahilannya.jangan jadi seperti kaum Bani Israel,bnyak Tanya banyaklah salahnya.Islam sudah mewajibkan dalam AlQuran tentang syariat bertudung.Kenapa kita susah sangat nak ikut?Jika sudah diwajibkan,maka lakukan sahaja tanpa bnyak tanya.

Nampak tak?

Banyak lagi contoh2 lain yang kebanyakannya berlaku dalam reality masyarakat kita sekarang.Terlalu banyak isu2 yang berlaku dalam Negara kita sendiri yang kita sendiri mampu menilainya.

Afala tafakkarun..Maka tidakkah kamu berfikir?


Sebenarnya keadaan sebeginilah yang menjadikan masyarakat jauh daripada golongan agama.keadaan inilah yang menjadikan masyarakat jauh dengan masjid dan majlis2 ilmu.

Abah pernah cakap,cuba sesekali pak imam dan geng2 masjid turun padang lihat keadaan anak muda di tepi2 jalan.dekati mereka dan peluk mereka sesekali.hehe nak tergelak saya.(laki pon pandai peluk2 ek) Kompom meremang bulu roma mat rempit tuh.Fuh,tabik springla kalau boleh buat.huhu.Abah la try buat tengok,;)

Apapun, dalam menyediakan umat yang memahami islam ini, agama yang suci ini, kita sebagai pendakwah dan anda semua juga sebagai pendakwah (kita semua daie,right?;) sangat2lah urgent utk kita sama2 memperbetulkan diri kita untuk mendidik umat.Bak kata Imam HAB (hasan al banna) Islah nafsak,ud’u ghairak> betulkan dirimu dan ajak yang lain. Nice kan? ;)

Bagaimana menyediakan diri?

Perlulah dengan ilmu.Ilmu itu bukan sahaja dengan menghabiskan silibus kos anda tetapi ia sangat2 lebih daripada itu.Kalau nak harapkan ilmu dalam sesi kuliah sahaja,anda takkan ke mana.mungkin utk diri anda,ya,anda boleh dapat first class atau sebagainya tetapi tidak untuk umat. Memikirkan diri hanya utk umat,menjadikan kita insan yang lebih extrovert dan mampu meneroka banyak ilmu wlaupun kita tahu cabarannya terlalulah banyak dan berliku,tetapi yakinlah di hujung jalan kita semua akan merasai kemanisannya.bersama.:))


Banyak pula celotehnya di malam ahad ini.hee.sengih


Pesanan saya,jadilah seorang daie yang berhikmah dalam menegur,bijak dalam bertutur,lembut dalam melentur.Pesanan utk diri saya terutamanya.Kita nak jadi yang terbaik utk umat dan yang sangat2 pasti kita nak jadi yang terbaik utk Allah dan RasulNya.tiba2 rasa rindu.Muhammad.;’)



Kita penegak tiang agama
Mengapa perlu menghukum sesama
Tidakkah ada cara lain yang lebih indah
Untuk kita sama2 mengukir mimpi ke surga
Kerna surga itu bukanlah utk mereka
yang memutuskan silaturrahim
Tetapi utk mereka yang berkasih keranaNya
Walaupun kita berbeza
Destinasi kita tetap sama
Kerna kita sama2 pernah baca FirmanNya
Pada hari itu tidak ada yang cinta
Meskipun seorang kekasih kepada kekasihnya
Meskipun seorang ibu kepada anaknya
Apalagi seorang rakan kepada rakan karibnya
Melainkan mereka yang bertaqwa ;)



p/s>sangat rindu utk bertemu dengan akhawat2 di batu pahat.
harapnya kita menjadi kekasih yang tidak bermusuh di sana, kerana taqwa kita yang kian dibina bersama, dalam halaqah cinta kita.:)

Friday, December 23, 2011

Sudah Tersepit Baru Nak Terjerit

sudah tersepit baru nak terjerit


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Begitulah manusia bukan?
Sudah terhantuk baru nak terngadah
Saya juga tidak lari dari sifat itu



Sudah hilang baru tercari cari


Sudah jatuh baru nak buka mata


Sudah tersepit baru nak terjerit

Sudah tak ada depan mata baru nak rindu-rinduan.eh.(ni kes lain,tak masuk topik ok)



Sebenarnya manusia ini tidak pernah dapat lari dari musibah.Sama ada musibah dari segi harta,nyawa,pangkat mahupun apa jua kesedihan dan ujian yang datang melanda.Sedangkan Nabi-nabi terdahulu juga tidak dapat lari daripada mendapat musibah inikan pula kita yang marhaen lagi banyak buat dosa ini.


Sebenarnya saya nak highlightkan tentang apa ya?


Susah untuk diberitahu kondisi apakah perasaan saya semasa saya menulis entry ini.Segalanya bercampr baur.Sedih,gembira,geram,marah dan sebagainya.Walaupun kejadian tersebut sudah agak lama berlalu,tapi saya masih tidak dapat memadamkannya dari otak pemikiran saya.Saya yakin,ia takkan berhenti hinggalah saya sendiri berjumpa dan berhadapan dengan hamba Allah tersebut.Saya sangat-sangat berharap agar saya diberikan kekuatan dan hikmah dari Allah untuk berkata-kata agar kata-kata saya nanti tidak melukakan hatinya.Jika dia ingin pergi juga,maka saya dengan penuh perasaan redha akan melepaskannya dengan aman.


Anda tidak faham bukan dengan entry saya kali ini?
Jika anda pernah membaca entry sebelum2 ini,pasti anda akan faham.


Saya sebenarnya marah dan malu dengan diri saya sendiri.


Saya malu pada Allah dan malu pada taklifan yang telah Dia berikan untuk memegang tugas khalifah dan abid di muka bumi ini.Apalagi tersangatlah malu untuk menggelarkan diri saya seorang pendakwah mahupun murabbi.
ouh.. saya tidak pernah merasakan malu yang sebegini..


Sudah terlalu banyak kesilapan-kesilapan yang sering kita lakukan.
Sudah terlalu banyak janji-janji yang sering kita taburkan.
Sejak mula kita menjejakkan kaki dalam sekolah tarbiyah ini hinggalah kini,


Adakalanya kita diuji dengan pelbagai ujian
Hingga membuatkan kita tidak lena tidur malam memikirkannya
Hingga membuatkan kita menangis tersedu-sedu kerananya
Hingga membuatkan kita terduduk tidak berdaya

Ujian apakah ini Rabbi..


Di saat itu kita mula menuding jari
Menyalahkan orang2 lain atas apa yang menimpa kita
Menyalahkan mereka tanpa kita melihat diri kita terlebih dahulu
Tidak pernah melihat bahawa ujian itu adalah dari Dia
Tanpa sedar kita sebenarnya menyalahkan takdir yang datang



Bila kita lihat kembali apa yang berlaku
Kita mula mencari di mana silapnya langkah kita
Mula meneliti di mana salahnya bahasa kita
Hingga membuatkan keadaan menjadi seperti itu
Kita sebenarnya menyalahkan diri sendiri
Sekali lagi kita tidak lansung meneliti hikmah di sebalik musibah yang melanda



Dalam tarbiyah juga ada musibah
Tak selamanya kita gembira
Tak selamanya kita mampu bersama
Ada yang tercicir,maka itu urusanNya
Apa yang tinggal,usahakan sebaiknya
Moga tidak ada yang tercicir lagi



Benarlah musibah ini bnyak mengajar diri
Agar jangan sampai terjatuh baru nak buka mata
Jangan sampai terhantuk baru nak terngadah
Jangan sampai tersepit baru nak terjerit




^^maka inilah saya yang hina
ampunkan diri yang banyak dosa
moga hamba belajar darinya
buat yang terbaik untuk Allah dan Rasulnya
maka saya akan terima setiap ketentuannya
Kerana semuanya dari Dia~



entry saya agak pendek kali ini.sekadar perkongsian tentang cerita saya.cerita kita semua heyy!

salam selamat malam^^

~aman~





Tuesday, December 20, 2011

Niqab Girl

Bismillah

Alhamdulillah,wah bulan nh saya banyak kali juga diberi peluang memenuhkan blog saya nh dngan entry2 saya yang kurang bijak ini.eh.

Maka kesyukuran ini saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya jugalah saya dapat menghasilkan entry2 baru di dalam blog yang tidak kurang chantek ini.eh.

Baru baru ini saya diserang dengan pelbagai penyakit yang bertimpa-timpa.Memang sangat baguslah sakit itu untuk orang yang banyak dosa seperti saya.Alhamdulillah setelah menjalani rawatan di klinik dan rawatan2 alternatif lain,saya sudah beransur sembuh.Maka cuti saya yang sebulan lamanya kali ini banyak saya habeskan dengan menguruskan kesihatan saya.Pergi berubat di sana sini dan Alhamdulillah sekali lagi, Allah jugalah yang menyembuhkannya.Maka wajiblah saya untuk sujud syukur kerana ini.

Baru-baru ini juga saya mendapat berita daripada salah seorang teman rapat saya.

Sahabat yang doludolu selalu sama2 dengan saya.semenjak kami di tingkatan empat.sekolah yang sama.dan kini kami dengan haluan kami masing2.saya di batu pahat dan dia kini dia di Penang.

Tapi alhamdulillah,hubungan kami tidak terhenti setakat itu sahaja.Kami saling berhubung melalui telefon dan sms,berblas chat di ym dan fb.dan kami malah semakin rapat kini.kerana dia juga seperti saya.alhamdulillah kami di track yang sama.matlamat kami sama dan alhamdulillah fikrah kami juga sama.Nmpaknya Allah sangat menginginkan kami untuk lebih berukhuwwah lagi kerana Dia.Terima kasih ya Allah.

Kesyukuran saya ini bertmbah tambah lagi apabila baru-baru ini dia bertanyakan pendapat saya untuk dia memakai niqab.

Saya super duper terharu apabila dia menyatakan hasratnya itu.dan saya ofkos sangat memberikan sokongan yang padu dan jitu untuk dia meneruskan hasratnya itu.

Menurutnya,dia ingin berniqab kerana ingin menjaga ikhtilat dan dia mahu lelaki lebih menghormatinya dan tidak sukasuki menegurnya.kononramahmesralakan.

Saya setuju dengannya.Begitu sekali mujahadahnya.saya kagum.padahal dia masih dikira baru lagi dalam tarbiyah,tetapi tarbiyah cukup meresap dalam dirinya.

Benarlah,kefahaman sseorang dalam tarbiyah bukan dinilai pada selama mana dia berada dalam tarbiyah atau level berapakah dia tetapi sejauh mana tarbiyah mampu membentuk dia menjadi seorang individu muslim yang benar2 bermujahadah dan berusaha untuk memahami jalan ini.

Lalu, saya memberikan pendapat saya yang marhaen dan hina ini.pendapat yang tidak seberapa.saya menyokongnya dan mengingatkan dia tentang cabaran2 yang bakal dia hadapi nanti bila sudah berniqab.

Benar,berniqab bukan mudah.
tidak semudah makan kacang pis atau kcg kuda.
tidak semudah memasak maggi juga.

Saya juga pernah dicadangkan oleh beberapa sahabiah saya untuk berniqab.tapi saya fikir,belum masanya lagi mungkin.saya belum mampu lagi.saya bukan mahu beralasan tapi saya bukan jenis suka pakai on off.klau boleh nak benda tu istiqamah,tapi bukan mudah kan.memandangkan ia sunnah,maka saya merasakan mungkin belum masanya untuk saya berniqab.mungkin suatu hari nanti.doakan.


Sebenarya,apa tujuan kita berniqab?

1. berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.

2. berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.

3. berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.

4. berniqab kerana ingin berfesyen.

5. berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas-batas seorang wanita, cth : berbual semene dengan lelaki, melompat kesana kemari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.

6. berniqab tapi pakaian menjolok mata


No No No

Saya harap anda berniqab bukan dengan sebab2 di atas.

Beniqablah kerana ingin mencari redha Allah
Berniqablah kerana ingin menjaga maruah dan kehormatan diri.
Berniqablah kerana ingin mengelakkan fitnah pada diri dan agama.

Bila anda mengambil keputusan untuk berniqab,maka lebih awasilah setiap perilaku anda.

Bukan bermakna kita harus menjaga perilaku bila berniqab.Jika tidak berniqab juga harus menjaga perilaku bukan?

Maka bila sudah berniqab,maka lebih lagi menjaga perilaku anda.kerana manusia lebih suka melihat kita.kita yang berniqab.kita yang bertudung labuh,berbaju labuh.kalau boleh,setiap perilaku kita mereka nak tengok.kerana fitrah manusia nampak pada yang zahir,maka kita kenalah menjaganya lebih lagi.untuk agama kita dan diri kita daripada fitnah2 dunia.

Orang pakai niqab ni mesti semua baik2 dan solehah2 bukan?

Tidak hakikatnya.

Ramai juga saya jumpa

berniqab tetapi bercinta dengan bukan muhrim
berniqab tetapi hebat bergosip sana sini
berniqab tetapi baik sendiri2 sahaja

memangla,bukan semua manusia sempurna.ada salah silapnya.
saya juga.
tapi saya kesal dengan sikap mereka yang begitu.doakan mereka diberi hidayah untuk sedar apa sebab mereka berniqab.

bukanlah kita kata orang pakai niqab mesti baik-baik.
tapi apa salahnya usaha untuk jadi baik dan sempurna.
biar sejuk mata memandang.
biar tak ada lagi yang mengata menyalahkan mereka yang berniqab.
kerana keputusan anda untuk berniqab itu besar maknanya.
maka janganlah mensia-siakan usaha besar anda itu dengan melakukan perkara-perkara yang memalukan diri anda sendiri.
biarlah nampak terjaga di luar,terjaga juga dalamannya.



jika ibu bapa anda melarang anda berniqab?

maka hormatilah mereka.berniqab itu bukanlah kewajipan sementara menghormati ibu bapa itu satu kewajipan bukan? maka utamakanlah yang wajib itu dahulu.maka mintalah pada Allah untuk melembutkan hati pama anda itu untuk membenaran anda berniqab.insya Allah jika anda pandai melobi mereka dicampur dengan tawakkal anda yang tinggi kepada Allah,pasti akan dipermudahkan,amin.


Saya?

Saya bukan pemakai niqab.saya hanya orang biasa sahaja.maka entry saya ini sekadar pandangan saya sahaja dan wajiblah jika ada salah silapnya di mana-mana.
Entry ini juga saya tulis bagi menyatakan sokongan saya kepada sahabat saya yang terchenta itu.semoga dia diberi kekuatan untuk melaksanakannya.amin..


p/s-kepada sahabat saya itu,saya sayang anda.doakan saya pula mengikut jejak langkah anda ;)

Sunday, December 4, 2011

Buat anda

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Dengan izinNya,sy masih mampu menconteng sesuatu di ruangan ini..

Berat rasanya coretan ini
,serasa seperti tidak mahu berkata apa-apa
rasa seperti mahu diam sahaja
buat seperti tidak tahu
seperti tiada apa-apa berlaku
tapi bukan mudah begitu
kerana saya punya tanggungjawab
pada diri saya
pada anak2 halaqah saya
dan paling penting pada Allah


Entry saya kali ini saya tujukan khas buat mereka>>>

yang saya kira sudah lama bersama saya
mendengar celoteh-celoteh saya
berkongsi cerita dengan saya,suka duka
meluangkan masa bersama saya seminggu sekali bersama
dalam sebuah perjumpaan mingguan kita
yang saya rasa gelisah bila tak berjumpa
rasa rindu bila x bersua
rasa yang melonjak lonjak tiba bila kita jauh


tapi saya tak tahu
mereka juga punya rasa yang sama atau tidak
tapi tak apa,saya rela
kerana kasih saya pada mereka bukan harap apa-apa
jauh sekali dibalas semula
moga kasih saya lekat dalam hati mereka


Dia yang temukan kita
Dia juga yang eratkan kita
dan ingatlah,Dia juga yang pisahkan kita
maka saya rela jika Dia ambil mereka dari saya
kerana saya x ada kuasa
untuk memegang hati mereka
untuk memaksa mereka
bersama sama saya
dalam jalan ini


saya tidak putus asa
cuma saya tidak menaruh harapan yang tinggi
biarlah hanya Dia tentukannya
saya redha ketetapanNya


wahai anda-anda yang pernah bersama saya
menjalin cinta dalam setiap perjumpaan2 kita
saya bukanlah seorang yang terlalu bagus untuk anda
jauh sekali sempurna untuk anda
maka adakalanya saya silap
adakalanya saya salah berbuat
kerana saya juga manusia biasa
tak bisa lari dari leka dan alpa


maka apalah kiranya kesudian anda
untuk memaafkan segala kata-kata saya
yang terkadang saya tak tahu
bisa mengguris hati anda
maafkan segala tingkah saya
yang anda fikir keterlaluan caranya
hingga anda beranggapan saya ini terlalu tegas
dan pemarah,tak bisa berjenaka seperti yang lain
tidak sporting dan adakala memaksa (..kah?)
anda rasa beban dengan saya (..kah?)
anda rasa saya xlayak bercakap untuk anda
mmberi nasihat untuk anda
memperingatkan anda
memarahi anda (saya emosikah?..maaf..)
sejuta maaf untuk anda-anda..


saya inginkan yang terbaik untuk anda
mahu ajak anda sama-sama terbang dengan saya
jom kita lari sama-sama masuk surga
pimpin tangan dengan anda
jangan ada satu yang terungkai
dari genggam saya
kerana saya sangat kasihkan anda


mungkin saya yang salah
hingga anda tidak nampak apa yang saya buat
kerana Dia telah mencabut rasa kasih dari hati anda
untuk saya
dosa-dosa saya mungkin
yang menghalang kasih ini terus mekar
hingga akhirnya
bukan salah anda,tapi salah saya
saya akuinya..


luahan saya terlalu beremosikah?
maaf sekali lagi


saya cuma mahu anda bahagia
bagaimana saya rasa peritnya dan indahnya jalan ini
saya juga mahu anda rasa bersama
tidak mahu ada yang berhenti di pertengahan
tidak mahu ada yang futur
tidak,,,wanauzubillah..


tapi Dia lebih berhak
menyusun tentera di barisannya
memilih siapa yang bakal jejak syurga
mencampak siapa yang diheret ke neraka
maka adalah tidak wajar bagi saya
untuk menidakkan ketentuannya
jika ini pilihannya,saya redha
saya terima dengan hati terbuka
walau jiwa saya pedih terhiris


lalu




saya kenang kembali janji2Nya
saya baca semula firman-firmanNya
minta Dia buka hati kita semua
untuk masih utuh berpegangan
dalam satu halaqah yang sama
menuai cinta untuk ke syurga
bertemu pencipta..


saya relakan anda pergi
jika itu pilihan anda
tapi jika satu saat
anda mahu bersama lagi
saya masih membukanya untuk anda
ruang itu masih ada untuk anda
untuk kita bina semula
cinta yang lerai
kasih yang dulunya berkecai
moga saat itu,tangan saya masih ada
untuk menyambut anda
kembali dalam dakapan Rabbi
bersama kita semua semula~


titis-titis air mata
jatuh lagi buat kesekian kalinya














Friday, December 2, 2011

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe


~i believe~

great featuring,
great voices,
great song,
wif great lyrics,
from Most Great creator~

bila dengar lagu nh, saya rasa mcam sy terbang~fly~fly

percaya yang sangat tinggi
buat hamba jadi ingat semula
betapa Dia Maha Segala
Bila hamba sujud padaNya
rasa diri yang sangat hina
penuh noda,dan dosa

tapi kerana percaya yang ada
semat utuh2 dalam jiwa
hingga tiada yang lain bisa menembus masuk
selain percaya hanya pada Dia

Bia Dia pemudah segala
Biar Dia yang menentukannya
Walau kadang kita tak suka,

Tapi benarlah ia amat baik untuk kita
Kerana hanya Dia pencatur masa
Usia di tanganNya
Takdir Dia yang Punya

Percayalah hanya pada Dia..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...