Monday, November 8, 2010

Berdialog dengan iblis

Hantu!!


Pada suatu hari Rasulullah SAW baru keluar dari masjid untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja Rasulullah SAW keluar dari pintu masjid, Rasulullah SAW telah bertemu dengan iblis. Rasulullah SAW segera menegur iblis.

"Hai iblis,apakah yang menyebabkan engkau datang ke pintu masjid ini?"

"Wahai Muhammad,Allah telah menyuruh aku supaya datang ke mari,"beritahu iblis tanpa berselindung.

"Untuk apa?" Tanya Rasulullah SAW yang tidak menyenangi kehadiran iblis yang juga musuh ketatnya.

Lalu segera dijawab iblis, "Supaya engkau bertanya kepadaku mengenai apa sahaja supaya engkau tahu"

"Baiklah. Mengapa engkau selalu menghalangi umatku daripada mengerjakan solat berjemaah?" Tanya Rasulullah SAW kepada iblis.

"Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk mengerjakan solat berjemaah, aku berasakan diriku teramat panas dan tidak akan hilang selagi mereka mengubah fikiran untuk ke tempat lain," jawab iblis.

"Hai iblis, mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada membaca Al Quran?"

"Wahai muhammad, apabila umatmu membaca Al Quran aku berasakan diriku menjadi hancur lebur seperti timah sedang dibakar."Iblis menjawab.

Kemudian Rasululah SAW bertanya lagi, "Hai iblis, mengapa engkau menghalangi umatku untuk berjuang ke jalan Allah?"

Lalu dijawab iblis, "Wahai Muhammad, apabila umatmu keluar untuk berjuang, kaki tanganku akan terikat sehingga mereka kembali daripada perjuangan.

"Mengapa pula engkau menghalangi umatku daripada mengerjakan fardu haji?"

"Wahai Muhammad, apabila umatmu mengerjakan haji, aku akan terikat dengan rantai yang membelenggu dan apabila mereka hendak bersedekah, maka di atas kepalaku terletak satu gergaji yang menggergaji kepalaku seperti kayu sedang digergaji." Jawab iblis.


Tgok 2,banyak malapetaka yang akan menimpa iblis kalo kt buat kebaikan.Jadi,apalah susah sangat kita nak berbuat baik. Kalau susah sgt nak buat baik, itu samelah mcm kite syang sgt kat iblis. Iblis pun berusaha sungguh2 nak hasut kite sbb die pon akan dihukum kalo xbuat keje...kite plak??xtakut ke dgan hukuman Allah?same2 kite renungkan dan amalkan..~


Sunday, November 7, 2010

Peristiwa di bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah merupakan bulan-bulan yang mempunyai kedudukan tertinggi di dalam jiwa umat Islam, iaitu salah satu bulan-bulan Haram dan bulan yang mengandungi beberapa peristiwa besar, yang paling utama dan paling besar ialah perhimpunan Islam sedunia sempena menunaikan fardu haji.

Di antara peristiwa di bulan yang agung ini:

1. Ghazwah dan peperangan

Pada 11 Zulhijjah 571H Salehuddin al-Ayubi Berjaya merempuh kubu kukuh yang menjadi tempat saliran air. Ia termasuk dalam strategi utama mewujudkan kesatuan Islam. Kubu ini Berjaya ditawan selepas berlaku pengepungan selama 38 hari. Salehuddin al-Ayubi mengukuhkan binaan kubu selepas menerima penyerahannya yang kini dikenali Qal’ah Sultan Salehuddin. Fungsinya menyamai yang diguna pakai bagi menyatukan tentera-terntera bersekutu yang terdiri dari tentera Halab dan tentera Salib Antakiyah.

Pada 4 Zulhijjah 616H kota Bukhara telah jatuh ke tangan tentera Moghul di bawah pimpinan Gengiz Khan selepas berlaku pengepungan selama tiga hari. Tentera Moghul telah memburu seluruh penduduk Bukhara dan menggunakan pedang kepada semua orang yang masih hidup di dalam kota dan mengakhiri kekejaman mereka dengan membakar seluruh kota!!.

2. Kelahiran

Pada 25 Zulhijjah 1326H lahir seorang sarjana besar Abdul Salam Muhammad Harun seorang “syaikhul muhaqqiqin” (penyelidik atau pengedit besar), perintis dalam seni penyelidikan khazanah silam dan meninggalkan puluhan bahan ilmiah Arab seperti buku-buku sastera dan bahasa yang diperakuinya. Antara yang paling utama ialah “Al-Kitab” karya Sibaweih, “Al-Hayawan” karya Al-Jahiz dan “Khazanah al-Adab” karya al-Baghdadi.

Pada 5 Zulhijjah 1335H lahir seorang pendakwah, muslih, faqih dan mujaddid Syeikh Muhammad al-Ghazali di Mesir dan menamatkan pengajiannya di Al-Azhar. Beliau menghabiskan usianya dengan menjalankan dakwah dan memusatkan dakwahnya dalam hal membaharui iman kepada Allah, memerangi kekerasan dan kezaliman, seruan kepada keadilan social, membebaskan dan membangkitkan umat.

3. Kewafatan

Pada 26 Zulhijjah tahun 27H Khalifah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab telah terbunuh setelah ditikam oleh Abu Lukluk seorang Majusi yang dikatakan berdendam ketika beliau sedang memimpin solat. Saidina Umar telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau memerintah selama sepuluh tahun di mana jajaran Negara Islam telah bertambah luas. Pada masa pemerintahannya dipenuhi dengan keadilan dan kemuliaan kepada umat Islam. Pada zamannya juga Mesir dan al-Quds Berjaya dibuka.

Pada 18 Zulhijjah tahun 35H Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a telah terbunuh di tangan orang-orang yang terpedaya dengan fitnah. Sumbangan utama Saidina Uthman ialah menghimpunkan al-Quran di dalam satu mushaf. Tempoh pemerintahannya selama 13 tahun. Beliau mendapat gelaran “Zu an-Nur’ain” kerana mengahwini dua puteri Rasulullah, Ruqayyah dan Ummu Kalthum.

Pada 6 Zulhijjah tahun 158H Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pengasas sebenar Daulah Abbasiyah telah mangkat. Baginda telah Berjaya mengukuhkan tonggak dan sendi Daulah serta menyelesaikan semua fitnah dan kebangkitan rakyat yang wujud untuk menentangkannya. Sebagaimana yang diketahui baginda adalah seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan urusan Negara. Baginda jugalah yang mengasaskan kota Baghdad dan seterusnya menjadinya sebagai ibukota Daulah Abbasiyah. Baginda telah mendapat nasihat secara langsung tentang pembinaannya dari Imam Abu Hanifah an-Nu’man.

Pada 26 Zulhijjah 206H al-Hakam bin Hisyam bin Abdul Rahman salah seorang raja Andalus yang terkenal telah mangkat. Baginda telah dilantik pada usia 26 tahun. Al-Hakam merupakan raja pertama yang mendapat kemuliaan di Andalus.

Pada 11 Zulhijjah 207 seorang sejarawan besar, Muhammad bin Umar al-Waqidi telah meninggal dunia. Beliau adalah sarjana ilmu al-Maghazidan Sirah. Penulis kitab “Al-Maghazi”. Dilahirkan di Madinah dan memperolehi ilmu di tangan ulama setempat, kemudian menetap di Baghdad sehingga meninggal.

Pada tahun 286H Muhammad bin Yazid bin Abdul Akbar yang lebih dikenali dengan “Al-Mubarrad” telah meninggal dunia. Beliau digelar Al-Mubarrad, menurut satu riwayat kerana kecantikan wajahnya dan satu riwayat lain kerana ketelitian dan kepetahan jawapannya. Al-Mubarad adalah pemimpin sarjana ilmu Nahu tanpa sebarang pertikaian. Belaiu juga imam pada zamannya dalam bidang sastera dan bahasa yang diperolehi dari gurunya al-Mazny. Beliau hidup sezaman dengan 9 orang khalifah Abbasiyah. Di antara sumbangan al-Mubarrad ialah penulisan kitab “Al-Kamil” dalam bidang sastera dan bahasa.

Begitu juga pada tahun 463H di bulan Zulhijjah telah meninggal dunia al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit, yang lebih dikenali dengan “Al-Khatib al-Baghdadi” yang merupakan salah seorang imam Hadith dan sejarah pada kurun ke 5H. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang sejarah dan yang terkenal ialah “Tarikh Baghdadi”.

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=32791&SecID=363

Saturday, November 6, 2010

Buatmu Sahabat~


Bismillahirrahmanirrahim..


Dalam doa sy pnah sy minta
Sahabat2 sy moga dberi hidayah dan petunjuk olehNya
Krana sy begitu menyayangi mrka
Dan mahu mrka brsma2 dgn sy dalam jalan ini
Semoga Allah mndgar doa2 sy


Alhamdulillah..dalam kudus sebuah doa
Saya brsyukur krana doa2 sy didengar
Benarlah Allah itu Maha mendngar
Walau hanya sekadar lintasan di hati


Dan hari ini,,
Saya dgr mereka,,shabat2 sy
Sudah masuk usrah..
Sudah ingin berubah..
Sudah mula ke masjid..
Sudah pakai tudung labuh!


Masya Allah!
Tiada kata mmpu sy lafaz
Melainkan hanya syukur pda Dia
Krana ini yang sy tunggu


Sy sujud menyungkur wajah
Tanda syukr pada Dia
Krna mndgr lintasan doa sy
Meski diri brlumur dosa...


Sy pohon pada Dia
Semoga mereka istiqamah
Dalam sebuah perjuangan
Membuang karat2 jahiliyah itu
Kerana sy juga prnah sprti mrka..


Sungguh,,hingga saat ini,
Sy sgt menyayangi mereka Rabbi..
Pertemukan kmi dalam satu ikatan kasih syang keranaMu
Tautkan hati2 kami saat Rabithah dialun bisu
Kerana kami hanya ingin gapai redhaMu
Dan nikmat surgamu itu..


12:04/06 nov 2010
IPTHO Btu Pahat
atas katil dpan lappy~

gdnite...


Thursday, November 4, 2010

(^_^)


Saya sudah gembira..=)
Kerana sy punya sahabat2..
Yang sama-sama susah senang brsama..
Kerana anda semua juga..penjejak iman~jzkk
Terima kasih Rabbi kerana menganugerahkan mereka
Kerana tanpa mereka,sy xmampu trsenyum lagi..=)

p/s:selamat malam!

Wednesday, November 3, 2010

Bila sedih...


Tbe2 sy rse sedih...=(
anda igin brkongsi kesedihan dgn sy??

Sungguh,sy bukan insan yang sempurna
Adakala trsalah tingkah
Adakala trsilap langkah
krana sy juga manusia..

Tapi,siapakah mreka untk mghukum?
Sy cuba jadi yang trbaik untk mreka..
Tapi mgkin hanya sya yang terasa..

Buang rasa ini Rabbi
Saya sudah penat dgan rasa ini
Saya x akan pnah brhenti
Tapi sy pohon,hormati....

Kerana sy juga manusia...

~Ida~
atas katil depan lppy
Rabu/11:25pm

"Sesungguhya inilah jalanKu, maka ikuti dia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan(yang lainnya) kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa." (Al-An'am:153)


Tuesday, November 2, 2010

LAyout BarU lagi...


Bismillahirrahmanirrahim..

Tukar layout lagi..
Ana bukan sje2 nk tukar..
Tapi layout lame 2,
xbleh tkar kaler word die..
So,ana rse better if tukar..
huhu..chantek x??

tibe2 sy pilih bunge..
BUNGA TULIP

p/s-saya suke tulip!




Sunday, October 31, 2010

Salam Imtihan,,bittaufiq wannajah~


Salam imtihan..

ble exam je,sy demam..ble demam je sy exam...

sy penat sgt..sy xsuke exam..

tpi..ble sy pk2 balik...

xboleh2..sy kene exam jgak..

xkirela sy sihat atau sakit..

sbb sy exam bukan untk lulus..

sy exam bkan sbb nk dpt 4flat..

tp sy exam sbb sy nk dapat redha Dia..

Dia suka sy tuntut ilmu..

kalau tuntut ilmu je,tp x exam,,mne bleh..

walaupun sy xske exam,tpi sy kene suke jagak..

sy nk jdi cikgu..

sbb Dia suke sy jdi ckgu..

jdi,sy kene ambil exam..

walaupun sy xske..



sy kene bnyak doa pada Dia..

sbb Dia penentu sgala..

sy syang Dia..

Dia buat hdup sy lebih brmakna..

sy ske ble Dia tolong saye..

mcm sem lepas pon sy sakit jgak..

tp Dia Maha Baik,,

sakit tu penebus dosa..

sy tau dosa sy brtimbun bnyaknye..

tp sy juga tau,Dia maha pengampun..

sbb 2 sy sayang Dia lebeyh..

sweetnye Dia..=)



Sy minx maap pade semua

kalau sy banyak buat silap..

kosong2 k..

sy juga manusia,bukan malaikat..

jdi normal la kalo sy buat salah..

doakan kejayaan sy..

doakan kesembuhan sy juga..=)


May Allah bless~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...